30 Minit Show Dato Siti Nurhaliza RM45 Ribu Ringgit

Ya, kami tidak salah taip. RM45 ribu ringgit untuk 30 minit show ialah nilai yang harus anda bayar untuk harga premium persembahan penyanyi selebriti tersohor no.1 tanah air, Dato Siti Nurhaliza Tarudin.

Ternyata ianya bayaran artis paling mahal di Malaysia pada ketika ini. Dato Siti Nurhaliza menduduki tangga pertama, lebih RM10ribu/30minit berbanding tempat kedua yang juga disandang oleh penyanyi wanita.

Dato Siti Nurhaliza Tarudin

Tempat ke-dua dimiliki oleh penyanyi ratu jazz, Dato Sheila Majid dengan kadar bayaran RM35 ribu untuk persembahan 30 minit.

Tempat ke-3 barulah dimiliki oleh seorang jejaka. Anuar Zain yang dibayar RM25 ribu untuk persembahan 30 minit.

Senarai tangga seterusnya adalah seperti berikut :

Adibah Noor dengan bayaran RM20 ribu untuk 30 minit show.

Jacklyn Victor dengan bayaran RM18 ribu untuk 30 minit show.

Ning Baizura juga menerima bayaran RM18 ribu untuk 30 minit show.

Begitu juga dengan Afdlin Shauki RM18 ribu untuk 30 minit show,

dan Dayang Nurfaizah RM16 ribu untuk 30 minit show.

Bagaimanapun ini adalah senarai tidak rasmi kerana ianya tidaklah 100% lengkap. Masih ada beberapa artis dan selebriti popular yang tidak tersernarai seperti Apek, Nabil Raja Lawak, Mawi tidak diketahui jumlah bayarannya.

Gosip senarai bayaran Selebriti tertinggi ini mungkin timbul daripada salah satu rancangan hari raya iaitu “Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya” yang dibintangi oleh Mawi dan Ekin.

Didalam rancangan tersebut, ada satu babak dimana Lisdawati cuba mendapatkan Dato Siti Nurhaliza sebagai artis jemputan dirumah terbuka, namun P.A. Dato Siti memberitahu harga bayaran 30 minit Dato Siti ialah RM35 ribu ringgit. Terkejut beruk Lisdawati dibuatnya.

Kami rasa harga tersebut memang padan dengan status Dato Siti Nurhaliza selaku penyanyi tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi juga cukup popular dirantau ini.

http://blog.selebriti.tv/30-minit-show-dato-siti-nurhaliza-rm45-ribu/

No comments

Powered by Blogger.