Ambil cuti tunai haji, tiada krisis dalaman

SHAH ALAM – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin menafikan dakwaan berlaku krisis dalaman dalam parti PKR hingga membuatkan Datuk Zaid Ibrahim mengambil ‘cuti politik’ selama enam bulan dan tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti berkenaan.

Katanya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bercuti kerana mahu membuat persediaan mengerjakan ibadah haji di Mekah, November ini.

“Jadi, sebab itu dia (Zaid) berbuat demikian (bercuti) kerana ada sedikit perkara yang harus dilakukan bagi menguruskan dirinya bagi tujuan itu.

“Zaid memerlukan masa untuk sesuaikannya. Saya tahu perkara ini pun, sewaktu menjalankan mesyuarat pada Selasa lalu, tetapi dia tidak memberitahu berapa lama beliau ingin bercuti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun kadang kala berlaku perselisihan faham dalam kepimpinan, masalah itu dapat diselesaikan secara berhemah tanpa menjejaskan mana-mana pihak dan parti.

No comments

Powered by Blogger.