Anwar Dan Tok Guru Nik Aziz Akan Mengetua Serangan Tanpa Belas Dibagan Pinang!

Mulai petang ini, Jumaat, 9 Oktober 2009, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk membantu calon Pas, Saudara Zulkifly Muhamad Omar. Kehadiran Ketua Umum KEADILAN ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh penduduk Telok Kemang amnya dan pengundi Bagan Pinang, tetapi juga oleh calon Umno-BN sendiri, serta juak-juak mereka.

Memang mereka tak mengaku terang-terangan bahawa lurut mereka longgar apabila mendengar nama Anwar. Di media mereka, bukan main lagi angkuhnya konon tak sedikitpun gentar. Kenyataannya di bawah, papan iklan kempen terpampang begitu besar dengan grafik imej Anwar dengan tulisan "dalang". Secara tidak langsung, mereka mengakui bahawa Anwar adalah faktor yang tak dapat dinafikan akan menyumbang kepada kemenangan calon Pakatan Rakyat, Ahad ini, inshaalah.

Tak ada satu pun pilihanraya kecil di mana Anwar tak diserang. Sebermula di Permatang Pauh, pelbagai tuduhan lapuk di era Perdana Menteri ke-4 diulang tayang. Berita jam 8 di kaca TV dan surat-surat khabar berpusu-pusu menyerang Anwar. Alhamdulillah, semuanya dapat ditangkis dan Pakatan Rakyat menang di kesemua PRK sebelum ini.

Rahsia kekuatan Anwar adalah beliau berani bersuara, dan beliau dapat mempertahankan kata-katanya seraya beliau bersih. Bukan sekadar berlakon dan terlihat seperti bersih. Jauh daripada semua tuduhan yang dilempar. Seraya menjejakkan kaki ke Malaysia selepas pulang daripada tugas di luar negara, tentunya ada isu dan pesanan penting yang akan dibawa bersama. Juga selepas Anwar dapat bertemu dengan ramai tokoh cendiakawan, pemimpin dan ahli perniagaan sama ada di Eropah, Amerika Syarikat dan di kalangan tokoh Muslim sekalipun.

Serangan akan bermula, hari ini juga. Kita ada masa sehingga Ahad sebagai hari penentuan. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Najib Razak semalam berkata, majoriti sudah tak penting, yang penting, calon pilihannya, Tan Sri Isa Samad menang. Walaupun satu undi! Begitulah terdesaknya Najib ingin menyaksikan kemenangan Umno-BN. Cukuplah walau sekali, sejak beliau memegang jawatan perdana menteri.

Malu! Memang memalukan apabila dilihat kenyataan Umno-BN belum pernah menang sekalipun dalam semua PRK di Semenanjung. Hanya satu di Sarawak, iaitu di Manek Urai. Alahai!

PRK seperti di Bagan Pinang tak akan mengubah status quo kerajaan negeri, tetapi ia sekali lagi sebagai isyarat bahawa yang akan ditolak rakyat bukan hanya "calon kitar semula" tetapi rakyat sungguh-sungguh tak dapat menerima seorang perdana menteri yang tercalit dengan pelbagai tuduhan yang cemar. Rakyat sama sekali tak dapat menerima bagaimana suatu hari nanti, perdana menteri ini juga mendapat gelaran tertinggi iaitu bergelar "Tun".

Kita waras. Semua dapat membezakan dengan jelas siapakah yang lebih bersih, antara Anwar dengan Najib? Jawapannya jelas. Sangat-sangat jelas.

Kalau Anwar, pangkah Pas. Mustahil yang satu lagi! ahli parlimen teluk kemang

No comments

Powered by Blogger.