Apabila Muhyiddin Perli Ibrahim Ali A.k.a Katak

Hasrat Ibrahim Ali sertai Umno akan dikaji: TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan meneliti kewajaran sama ada untuk menerima Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali atau menolak sekiranya beliau membuat permohonan untuk kembali ke pangkuan parti.

"Semua orang sekarang berminat untuk masuk Umno sama ada yang sudah keluar hendak masuk balik atau yang baru hendak masuk, jika ada hasrat begitu kita tidak akan sekat.

"Tapi apapun ia akan dibawa pada Majlis Tertinggi (MT), pihak pengurusan akan meneliti apakah wajar atau tidak tidak (menerima Ibrahim), apakah ini dibuat atas dasar kesungguhan dan keikhlasan berdasarkan rekod lalu, cara dia (Ibrahim), itu kita nilai kerana Ibrahim Ali ini semua orang kenal, cara politiknya pun agak 'istimewa'," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

No comments

Powered by Blogger.