Berita Penipu Di Pagi Hari- PAS Tertekan Kata Muhyisembab!

Pas kian tertekan – Muhyiddin

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
dan SAIFULIZAM MOHAMAD

PORT DICKSON 7 Okt. – Pas mencari pelbagai alasan termasuk berhasrat mengambil perintah injunksi bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak dan tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menyedari sokongan rakyat semakin terhakis, Pas kini cuba menimbulkan apa juga isu bagi melambat-lambatkan proses demokrasi yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

“Saya telah membaca kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu proses pilihan raya itu diteruskan. Saya percaya perkembangan ini berlaku disebabkan Pas berada dalam keadaan tertekan,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat di Ladang Siliau dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Pas, Salehuddin Ayub yang mahu mendapatkan perintah injunksi mahkamah untuk menangguh pilihan raya kecil itu.

Dakwa Salehuddin ia berikutan terdapat pertindihan daftar pemilih di kalangan anggota tentera yang telah bersara tetapi masih lagi tersenarai sebagai pengundi undi pos.

Muhyiddin berkata, beliau tidak hairan dengan tindakan Pas itu kerana dalam keadaan terdesak parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

“Inilah pembangkang. Mereka benar-benar tertekan kerana kempen tidak cukup. Mereka perlukan lebih masa untuk berkempen. BN tidak ada masalah walaupun diberi sehari untuk menghadapi pilihan raya. Kita akan melaluinya mengikut peraturan,” katanya.

1 comment

CUPING MERAH said...

Inilah pembangkang. Mereka benar-benar tertekan kerana kempen tidak cukup. Mereka perlukan lebih masa untuk berkempen. BN tidak ada masalah walaupun diberi sehari untuk menghadapi pilihan raya. Kita akan melaluinya mengikut peraturan,” katanya.

KAH..KAH..KAH.MAT SEMBAP NI..
DAH TAU TAK CUKUP MASA BERKEMPEN..KASI LA. MASA LEBIH CKIT

LAIN LA UMNO SEPANJANG TAHUN BERKEMPEN DALAM MEDIA MASSA..

Powered by Blogger.