BN Tertekan Kerana Bilangan Undi Pos Sedikit

Keganasan dan budaya samseng yang dilakukan BN semalam sebenarnya disebabkan BN semakin tertekan dengan situasi terkini yang semakin memihak kepada PAS. Ini kerana pengundi bukan Melayu semakin ramai yang menyokong PAS dan benar-benar merimaskan jentera BN.

Perkembangan terbaru juga menampakkan isyarat jelas bahawa pengundi Melayu juga semakin sedar dan insaf betapa pentingnya mereka menolak seorang perasuah walaupun perasuah itu dikatakan seorang baik dan berjasa.

Pengundi Melayu diramalkan akan melakukan protes senyap dengan mengundi calon PAS kerana tidak mahu bersekongkol dengan perasuah yang sememangnya ditegah oleh agama supaya jangan kita berkawan dan cenderung dengan perasuah, perompak, penyamun dan pe...pe yang lain.

Lebih memeningkan kepala pemimpin BN ialah jumlah pengundi pos yang mengundi semalam amat sedikit berbanding dengan jumlah undi pos yang mereka perolehi pada PRU 2008 lalu. Jika jumlah undi pos ini tidak melebihi 2000, PAS dijangka akan menang walaupun kesemua undi pos itu menyebelahi BN.

Namun begitu PAS jangan leka dengan taktik BN yang sudah tentu mempunyai muslihat dan strategi tertentu untuk undi pos ini bagi memberikan kelebihan kepada mereka.

Saya yakin mereka sudah mengatur taktik dan strategi licik untuk sekurang-kurangnya mendapat 4,000 undi pos ini. BN sedar jika mereka gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 3,000 undi pos mereka sudah tentu berada dalam keadaan yang tidak selamat.

sofi wahab

No comments

Powered by Blogger.