BONGKAR - Artikel gomo yang dipertikaikan. Bawalah sifat amanah ketika menulis !

Oleh : albanjari
Malam kelmarin telah dilangsungkan satu majlis pertemuan tertutup di kediaman Dato' Dr. Hassan Ali di kediaman beliau di TTDI. Satu pertemuan sulung beliau bersama bloggers. albanjari Online [ABO] diwakili oleh Ustaz MRK albanjari, penolong editor blog ABO. Wak tak dapat untuk hadir. Ada program lain.

Diantara bloggers yg turut hadir ialah saudara MSO, Azizi Abdullah, Ahmad Lutfi, Mohd Hanif, Kamarul Hisham, Yamin Yahya, Roslan SMS, alBrangi dan beberapa lagi blogger dari BPN (pro-Umno) ?? - artikel berkaitan di sini dan di sini

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dari apa yg dilaporkan hasil pertemuan itu ke meja editor pagi ini, terdapat beberapa KEJUTAN maklumat yang sebelum ini tidak disebut-sebut dan diwar-warkan di media telah disebutkan oleh Ustaz Nasha dan Dato' Hassan sendiri. Kandungan penuh KEJUTAN itu akan dimuatkan pada artikel KHAS yg akan diterbitkan pada khamis ini, selepas Sidang Mesyuarat Khas Pusat yang akan berlangsung esok, rabu 28hb. Oktober. InsyaAllah ! Alhamdulillah, hasil bicara yg diadakan malam kelmarin telah dirakam untuk rujukan.


Pagi ini blog gomo nampaknya mendahului untuk mencetuskan KONTROVERSI. Bukan saya mahu menidakkan apa yang dilontarkan beliau, namun banyak perenggan yg ditulis di dalam artikel ini diragui kebenarannya justeru dipertikaikan akan sohihnya. Lihat dibawah saya copy pastekan artikel tersebut untuk rujukan.
[..] Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas. Dengan kenyataan Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku.

Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.
Nik Ajis telah menuduh ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Umno. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edroganlah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas. Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas. Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku dalam masa terdekat ini. Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.
(*) hanya penulisan yg diboldkan dengan warna kuning ada disebutkan pada pertemuan itu oleh Ustaz nasha dan Dato' Hassan, yang lain adalah TIDAK BENAR. Dan sangat dipertikaikan !! Saya pun tidak tahu dari mana sumber yg beliau perolehi, tapi rasanya pembaca boleh membuat tekaan tepat. wallahuaklam. Pesan saya buat saudara gomo, beramanahlah ketika menulis !

Kandungan penuh dan rumusan dari ABO akan kita terbitkan seawal hari khamis ini. Kita lihat dahulu apa yg mereka tuliskan menerusi blog-blog mereka, jika benar mereka berbohong dan memutar belit fakta, rakaman audio kita junjung untuk dijadikan bukti kejahatan mereka ketika menulis.

(*) wak - no komen setakat ini, tunggu ajelah..!!

No comments

Powered by Blogger.