Dampingi anak Kelantan di luar antara strategi Umno negeri: Mustapa

MACHANG: Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, berkata kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.

"Dua lagi agenda iaitu mendaftar ahli baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan," katanya selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.

No comments

Powered by Blogger.