Dr Lo' Lo' Melawat Pelakon Norliah Ghani (Gambar)

Pangsa Murni, Keramat Jaya

الَّذِينَ إِذَاأَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّالِلّهِ وَإِنَّـاإِلَيْهِرَاجِعونَ

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" {Q:2:156}

27 Sept. 2009, tarikh yang tak dapat dilupakan oleh Puan Norliah Ghani sekeluarga atas pemergian ahli keluarga yang amat disayangi. Difahamkan oleh Hj. Marzuki (Pengerusi Penduduk), arwah (Edi Rizal) jatuh dari tingkat 7 dari kediamannya selepas pautan di dinding balkoni terlepas akibat mahu menangkap pencuri yang masuk ke rumah jirannya. Pengerusi dan penduduk Pangsa Murni tersebut telah melarang arwah dari berbuat demikian kerana ia sangat merbahaya... tetapi itulah sebab musababnya Allah lebih menyayangi arwah... arwah terjatuh tetapi kakinya tersangkut di awning setelah itu kepalanya jatuh dahulu ke bawah. Puan Norliah ketika itu berada di rumah anaknya terkejut apabila menerima panggilan bahawa anaknya mengalami kecederaan yang teruk dikepala akibat terjatuh dari tingkat 7 kediaman mereka. Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat dekat sini.

Hj. Marzuki (Pengerusi Penduduk) menceritakan bagaimana kejadian tersebut kepada YB dan wartawan Melodi
YB dan Puan Norliah sedang diinterview oleh Nas Melodi
YB menenangkan Puan Norliah yang sangat sedih atas kehilangan anaknya yang disayangi
Puan Norliah menunjukkan gambar anaknya kepada YB dan wartawan TV3
YB, Saudara Rushdi Ramli (berbaju oren), Pengerusi Penduduk di rumah mangsa, yang dikatakan menjadi tempat "pencuri" tersebut merancang strateginya. Difahamkan pencuri tersebut telah beberapa hari berada di dalamnya, kerana tuan rumah pulang ke Kampung halaman masing-masing untuk sambut 1 Syawal.
YB meminta Pengerusi Penduduk mengadakan perjumpaan dengan Polis untuk membincangkan perkara ini, supaya kejadian tidak berulang kembali. Insya Allah akan diadakan dalam masa terdekat ini.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْبِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّاللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". {Q:2:153}

Rasulullah SAW bersabda: Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa. (HR Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda: Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya. (HR Bukhari dan Muslim)

No comments

Powered by Blogger.