Gempar Apabila Ahli Perti Makkal Sakti Ditumbuk! Hitam Kehitaman Jadinya

Suspek tumbuk Abdul Azeez belum dikenal pasti

PORT DICKSON: Polis masih belum mengenal pasti suspek yang menumbuk Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semasa proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata polis sedang menyiasat insiden itu selepas Abdul Azeez yang juga Ketua Umno Bahagian Baling membuat laporan di IPD Port Dickson pada 12.30 tengah hari tadi.

"Kami telah menerima laporan kes tumbuk itu yang berlaku kira-kira jam 9.20 pagi. Menurut laporan itu, si pengadu telah ditumbuk di bahagian belakang, leher dan pipi ketika beliau melalui kawasan penyokong Pas yang berkumpul, setakat ini tak ada saksi dan kepastian siapa yang ampunya angkara.

"Bagaimanapun, seorang lagi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang turut bersama beliau tidak membuat laporan kerana terselamat daripada insiden itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, polis akan menyiasat dengan kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Sementara itu, Osman berkata polis setakat ini tidak mendapat laporan berhubung insiden baling botol minuman ketika proses penamaan calon itu.

Selain beberapa insiden kekecohan yang berlaku itu, secara keseluruhannya, beliau menganggap proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson itu berjalan lancar.

Katanya, selepas ini polis akan memantau aktiviti kempen kedua-dua parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Beliau berkata, tidak ada had jumlah permit yang akan dikeluarkan selagi pihak yang terbabit tidak mematuhi peraturan berkempen yang ditetapkan.

Katanya, polis tidak bimbang untuk mengawasi aktiviti berkempen sehingga hari pengundian 11 Oktober ini kerana mempunyai anggota yang cukup.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, dan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar. - Bernama

1 comment

MANSOR JUNUS said...

Memang ahli2 UMNO kurang sikit dalam tingkah laku mereka, dimana2 pun mereka memang tahu mereka adalah 'kebal' apabila berdepan dengan undang2. Tentang Dato' Azeez ini, saya heran bagaimana dia boleh jadi ketua dalam sayap UMNO. Sepatutnya dia duduk dalam KIMMA atau Makkal Sakti.Tetapi walau bagai mana pun,hayat mereka sudah dipengujung. BN akan kalah +- 700 undi kali ini. Maklumat dari dalam tangkal.

Powered by Blogger.