HAPUSKAN SAJA JAWATAN MURSYIDUL AM PAS!

Jawatan MURSYIDUL AM kononnya adalah jawatan tertinggi dalam PAS. Diwujudkan pun atas dasar mengambil semangat Gerakan Islam lain khususnya Ikhwanul Muslimin Mesir dan hasil daripada Revolusi Iran.

Kalau di Iran, Pemerintah Utama (yang mana mengatasi kuasa Presiden Iran sendiri) adalah Ayatullah. Dalam PAS, taraf Mursyidul Am PAS adalah Ayatullah dalam Kerajaan Iran. Dan dalam pemerintahan Islam, Mursyidul Am PAS adalah Khalifah.

Sebelum seseorang itu dilantik ke Jawatan Mursyidul Am PAS, sudah tentu Jemaah PAS sendiri meneliti dengan tegas peel perangainya, laku buatnya, ilmu amalnya dan sudah tentu syarat-syarat atau kriteria tertentu perlu dipenuhi sebelum melayakkan individu tersebut dilantik ke JAWATAN TERTINGGI DALAM PAS ITU.

Perlantikan YAB TOK GURU NIK AZIZ KE JAWATAN MURSYIDUL AM PAS dan PROF DATUK DR TUAN GURU HARUN DIN sebagai TIMBALAN beliau sudah tentu berdasarkan kriteria yang disebutkan tadi.
Mana mungkin orang yang jahil memimpin Gerakan Islam seperti PAS. Sudah tentu PAS dipimpin oleh orang yang alim, baik tingkah laku, zuhud, tidak cintakan dunia, dekat dengan ALLAH dan RASUL, dan punyai hasrat dan iltizam yang kuat untuk MENGEGAKKAN ISLAM.

Sebab itulah Tok Guru Nik Aziz dipilih sebagai Mursyidul AM, tidak Tok Guru Haji Hadi, tidak Mustafa Ali, dan tidak juga Nasarudin Mat Isa. Sudah tentu ada sebab-sebab dan kriteria yang belum lagi dipenuhi oleh mereka-mereka ini.

Faktor umur, atau faktor dia yang lebih tua dari yang lain bukan jadi faktor utama dalam perlantikan jawatan ini. Kalau nak dikirakan umur, ramai lagi ahli PAS yang lebih tua dari Tok Guru Nik Aziz.

Kalau kita faham fungsi dan tugas Mursyidul Am, kita juga perlu faham bahawa beliau adalah KHALIFAH, dan dibantu oleh Presiden dan AJK yang lain. Watak Utama PAS adalah Mursyidul Amnya. Sistem Organisasi kita berbeza dengan Umno atau pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak meletakkan Islam sebagai Teras.

Kalau KHALIFAH kita sendiri pun kita tak hormat, cadangan beliau kita remeh temehkan atas kepentingan peribadi kita, atau takut tembelang kita pecah dikhalayak, apa guna kita berada dalam Jemaah Islam? Lebih baik kita sertai saja parti pengkhianat Umno yang tidak tahu setia kawan dan lawan itu.

Tok Guru Nik Aziz bukan budak-budak dalam politik. Hidupnya diabadikan dalam politik Islam hampir seusia parti PAS sendiri. Kita yang baru setahun jagung sertai PAS dah nak tunjuk lagak? Kita yang masih hingusan semasa Tok Guru Nik Aziz dibaling keretanya dengan batu oleh puak-puak Umno semasa dalam perjalanan ke Sidang Parlimen pun masih nak tunjuk besar kepala?

TGNA bukanlah maksum, tidak semua kata-katanya berupa perintah yang perlu diikut tanpa sedikit bantahan pun, tetapi sebagai ORANG NOMBOR SATU DALAM PAS, JAWATAN TERTINGGI DALAM PAS DAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM SEKARANG, salahkah kalau dia dihormati dan dimuliakan? Salahkah kalau kita menghargai kata-katanya.

Takkan la dia yang dibesarkan dalam suasana Islam sejak berumur 1 hari hingga sekarang hampir mencecah umur 80 tahun membuat sesuatu untuk merugikan PAS dan Islam.

Atau sebab dia berserban dan berpakaian selekah (ala kadar), maka kita anggap dia bodoh dan tidak tahu apa?

Begini sajalah, buat puak2 Pro Kerajaan Perpaduan, anda kena ingat beberapa perkara:-

1. jika anda semua masih lagi gila-gilakan Kerajaan Perpaduan, KALIAN semua sedang ingkari KEPUTUSAN MUKTAMAR.

2. jika anda semua rasa anda bijak, licik, hebat, kami tidak pun pernah pandang anda begitu.

3. jika teringin jadi Menteri dengan cara cepat, silakan masuk Umno dengan kenakan syarat-syarat ketat kepada mereka. KAMI SEDIKIT PUN TAK MEMERLUKAN AHLI-AHLI KHIANAT SEPERTI ANDA.

4. JIKA ANDA RASA ANDA LEBIH HEBAT, DAN TIDAK PERLU LAGI MENDENGAR NASIHAT, ARAHAN, PERMINTAAN MUSYIDUL AM PAS SENDIRI, apa kata anda tubuh saja parti baru.

Dan kepada yang dok pertikaikan gesaan Tok Guru Nik Aziz supaya diadakan EGM ini, begini sajalah... kalau anda rasa anda dah tak perlukan lagi jawatan MUSYIDUL AM dalam PAS, HAPUSKAN SAJA JAWATAN TERSEBUT. Tu pun kalau kalian mampu la.

Kami percaya TGNA sebagai Khalifah dan sebagai ayah kepada anak-anak yang bermacam watak (ada yang akur dan ada yang DEGIL ini), sudah tentu beliau membuat keputusan demi untuk kebaikan semua pihak. Sebagai ayah yang bertanggungjawab, takkan lah Tok Guru Nik Aziz nak bagi peluang kepada anak-anaknya yang degil ( Pro UG) sahaja. Bukan sekali puak UG diberi Peluang. Baru ni pun sanggup puak UG bermuka-muka depan Tok Guru Nik Aziz dan ahli akar umbi. Kononnya dah selesai. Siap adakan majlis perdamaian lagi.

Sampai bila puak2 UG ni nak buat masalah dalam PAS. Dan sampai bila kita akan sabar dengan karenah puak2 UK ini?

http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/10/hapuskan-saja-jawatan-mursyidul-am-pas.html

No comments

Powered by Blogger.