HEP UM Giat buat Roadshow AUKU.

Universiti Malaya , 30 September 2009 : Pihak pentadbiran HEP UM sedang bergiat aktif melakukan roadshow bagi memberikan pendidikan undang-undang kepada pelajar-pelajar sepanjang sesi 2009/10.

Puan Thanavati K. Krishnan yang di kenali sebagai Puan Thana , merupakan Ketua Penolong Pendaftar , Unit Hal- Ehwal Perundangan Pelajar telah merancang untuk meningkatkan kesedaran dan rasa hormat di kalangan mahasiswa tampa membantah sebarang ketetapan terhadap pertaturan-peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak universiti .

Antara Strategi yang telah di susun adalah melalui roadshow penerangan kepada mahasiswa tentang undang-undang mengenai peruntukan berkenaan pelajar dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 , perlembagaan Universiti Malaya 1997, Statut Universiti Malaya (badan-badan Pelajar ) 1979 , Kaedah-kaedah Universiti Malaya (tatatertib Pelajar-pelajar ) 1999 dan dokumen perundangan lain yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar.

Roadshow yang akan di mulakan kepada pelajar-pelajr tahun pertama terlebih dahulu untuk fasa yang pertama, Manakala untuk pelajar senior, Luar Kampus (PUSPITA) ,dan Pelajar antarabangsa, akan di lakukan pada fasa yang kedua.

Menurut Puan Than , Roadshow ini di lakukan kerana melihat “segelintir” mahasiswa yang masih tidak bijak dan melanggar peraturan yang telah di tetapkan. Beliau juga mendakwa mahasiswa seringkali tidak sedar wujudnya undang-undang Universiti atau salah tafsir dan kurang jelas terhadap peruntukan undang-undang yang sedia ada. Ini menyebabkan berlaku banyak kes tatatertib di kalangan pelajar.

Semalam , Pihak HEP yang di ketuai oelh Puan Thana sendiri telah turun ke Kolej kediaman kediaman ke-2 dan malam sebelumnya di kolej kediaman pertama melakuan penerangan yang di hadiri lebih kurang 30 orang lebih di kolej berkenaan. Di katakan , mereka akan melakukan roadshow ke semua kolej sebelum berakhirnya semester ini.

Roadshow untuk Fasa pertama telah di lakukansebelum ini ke semua koej termasuk di kampus cawangan Nilam Puri,kelantan dan sekarang merupakan roadshow fasa kedua . Di katakan di dalam roadshow berkenaan beliau turut menyebut beberapa nama-nama persatuan aktif di kampus dan NGO luar yang selalu bertindak membelakangi universiti.

Di dalam roadshow ini , beliau berharap pelajar akan kembali celik undang-undang dan mematuhinya dengan baik tanpa apa -apa bantahan yang boleh menjatuhkan nama Universiti malaya untuk masa-masa yang akan datang.-Um-today

No comments

Powered by Blogger.