INKUES: Teoh Tiada Masalah Kewangan

Abang kedua daripada empat beradik Mendiang Teoh, Meng Kee menafikan bahawa Teoh mempunyai masalah kewangan untuk mengadakan perkahwinan kerana menurutnya Beng Hock mempunyai simpanan sendiri.

Ketika disoal, Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abd Razak Musa sama ada dia tahu berapakah kos keseluruhan untuk mengadakan perkahwinan bagi kaum Cina termasuk kos majlis makan malam, kereta mewah dan sebagainya.

Meng Kee berkata, “lebih kurang RM20, 000″ untuk belanja perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung sabtu, 18 Julai lalu.

Abd Razak kemudian mengandaikan bahawa Beng Hock tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan sedemikian kerana gaji bulanannya hanyalah RM1,800.

Walau bagaimanapun, Meng Kee berkata, adiknya Beng Hock mempunyai wang simpanan, namun dia mengaku tidak tahu berapa jumlahnya dan jumlah pendapatan bulanan adiknya.

Ketika sesi soal balas, Meng Kee juga bersetuju dengan soalan Razak bahawa mendiang adiknya membuat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda kerana teman wanitanya, Soh Cher Wei sedang mengandung.

Abdul Razak cuba memperlihatkan bahawa Beng Hock menghadapi masalah kewangan dan mempunyai kaitan dengan kematiannya yang dilaporkan pada awalnya kejadian bunuh diri.

Teoh Meng Kee berkata dia mengetahui mengenai berita kematian adik bongsunya, Teoh Bong Hock melalui adik perempuannya, Li Lan pada 16 Julai, pukul 5 petang. Sebaik sahaja menerima berita tersebut, dia bergegas terus ke Plaza Masalam, Shah Alam.

Teoh Meng Kee berkata, adiknya, Teoh Beng Hock tidak pernah menceritakan sebarang masalahnya kepada keluarganya sebelum kematian dan menganggap isu kewangan bukan masalah punca Teoh dikatakan bunuh diri.

Teoh Meng Kee berkata, adiknya Teoh Beng Hock ingin mengadakan majlis makan malam sempena majlis perkahwinannya pada 3 Oktober. Dia menyifatkan Beng Hock sebagai “seorang yang penyayang dan suka menolong.”

Abang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee, 33, seorang pengurus gudang turut dipanggil untuk memberi keterangan pada inkues yang ditangguhkan jam 5 petang tadi.

Dalam pada itu, diluar mahkamah Gobind menyifatkat dakwaan berkenaan masalah kewangan Teoh tidak bersas dan keluarganya menafikan Teoh mempunyai masalah kewangan.

“Teoh Beng Hock adalah seorang yang bertanggungjawab, beliau bekerja keras untuk menampung perbelanjaan perkahwinananya, isu masalah kewangan yang didakwa itu bukan perkara baru namun keluarganya sudah menafikan perkara ini,” katanya.

Inkues bersambung jam 8 pagi esok.
KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

No comments

Powered by Blogger.