Isa Samad akan Terkubur!

Apabila Isa Samad diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO bagi menetang PAS di PRK Bagan Pinang, banyak pihak daripada Pakatan Rakyat merasa peluang untuk Pakatan Rakyat (PR) menang adalah cerah. Apatah lagi calon bagi PR ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sendiri, Zulkifly Mohamad Omar. Dari segi calon ternyata PAS telah mendahului UBN.

Bagaimana pula faktor penerimaan masyarakat di DUN Bagan Pinang terhadap calon-calon PR dan UBN ini?

Faktor pertama bagi pilihan rakyat disepanjang pilihanraya kecil yang telah pun berlaku sejak pilihanraya Umum ke 12 ialah kepercayaan kepada pimpinan Parti. Momentum rakyat sekarang ini telah jelas bahawa parti pilihan mereka telah menampakkan khidmat yang baik iaitu Pakatan Rakyat. Kebobrokan UMNO dan kuncu-kuncunya selama ini telah terserlah satu persatu. Banyak kes-kes mahkamah, kes-kes rasuah, kes-kes pencolekan kanak-kanak, kes-kes dadah, kes-kes sosial, kes-kes pembunuan, kes kes kes kes kes……… tidak dapat ditangani dengan berkesan. Apatah lagi kes yang melibatkan orang-orang UBN terutama UMNO..

Momentum rakyat sekarang ini sukar dipulihkan oleh UMNO walaupun siapa yang memimpin mereka.

Kita tahu sangat bahawa Isa Samat kuda tua UMNO itu. Orang-orang UMNO pun tahu sangat akan tektik beliau. Beliau pernah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO, mendapat undi tertinggi. Beliau pernah memegang jawatan sebagi Menteri Besar Negeri Sembilan. Semuanya itu hanyalah karier masa lampau beliau. Beliau begitu setia dengan UMNO. Pimpinan UMNO nak buat apapun terhadap beliau, buat le, tapi beliau tidak meninggalkan UMNo. Beliau tahu hanya UMNO saja yang boleh menerima beliau. Setelah terjatuh dalam cerun yang dalam, beliau cuba membuat come back dengan mendesak pimpinan UMNO memilih beliau sebagai calon PRK di Bagan Pinang.

Bagi Pakatan Rakyat pula, gabungan PAS, DA dan PKR adalah gabungan yang baru diuji. Dalam ujian-ujian yang lalu, rakyat melihat PR ini begitu taat kepada janji. Oleh kerana gabungan ini adalah baru, banyak perkara-perkara yang perlu diselesaikan sesama mereka. Tapi yang anihnya, PR terus maju dengan pembeleaannya kepada rakyat dan slogan negara kebajikannya. Rakyat tidak hairan dengan gembar-gembur dari media utama BN bagi memperlihatkan keadaan PR adalah gabungan yang longgar dan akan terurai bila-bila masa sahaja. Sayang bagi UBN kerana senjata yang mereka gunakan pada setiap pilihanraya adalah sebilah keris usang. Rakyat dah tak percaya lagi dengan berita perdana itu…. rakyat dah matang… Kerana itu mereka gunakan senjata WANG, PROJEK, dan pembangunan..

Itu lah pandangan umum bagi Isa Samad dan bagi Pakatan Rakyat.

Ternyata kalau dijalankan PRK kali ini dengan bersih, PAS akan menang dengan mudah. Tapi tak semudah yang dijangkakan kerana Isa Samat akan menggunakan senjata lamanya semasa bertempur merebut jawatan MB dan Jawatan Naib Presiden UMNO dulu. Cuma sekarang beliau tidaklah lagi berapa fasih dengan senjata baru Pakatan Rakyat…


http://seriiskandar.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.