Jamuan Aidilfitri Erat Jalinan Perniagaan PKNS

SHAH ALAM, 20 Okt - Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan Hari Raya tahun ini agak berlainan sekali bagi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) apabila syarikat hartanah itu meraikannya bersama anak syarikat lain dalam Majlis Jalinan Aidilfitri di Shah Alam, semalam.

Antara anak syarikat penganjur bersama ialah Selaman Sdn Bhd, PKNS Engineering & Construction Berhad, PKNS Infra Berhad, De Palma Hotel, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd dan Shah Alam Convention Centre.

Walaupun semalam merupakan hari terakhir Syawal, namun sambutan Hari Raya yang dibuat pada saat akhir itu tetap meriah.

“Kita berharap dengan adanya program sebegini, kita boleh berinteraksi, boleh bertukar-tukar pandangan, di samping kita boleh meluaskan lagi bidang perniagaan yang mana PKNS dan anak syarikat terkenal dalam bidang hartanah”, kata Ishak Hashim.

“Memang tiap-tiap tahun anak syarikat PKNS memang buat cara majlis hari raya inilah, tapi tahun ni kita bersama dengan PKNS maknanya lebih besar”, jelas Zakaria Manap

“Majlis ni untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan PKNS dan juga klien PKNS dan syarikat anak”, ujar Nur Hisham Adnan.

Pengurus Bahagian Urus Harta PKNS, Ishak Hashim berkata demikian kepada Tv Selangor ketika ditemui pada majlis rumah terbuka PKNS di Shah Alam semalam.

Selain hartanah, PKNS juga tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan pelbagai sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampuan selain zakat perniagaan setiap tahun.

Kira-kira 8,000 jemputan hadir pada majlis Hari Raya itu.

Turut hadir Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar; Pengerusi MAIS, Datuk Mohamed Adzib Mohd Isa dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.