Kekalahan PAS di Bagan Pinang Tidak Jejas Pembangunan Selangor

SHAH ALAM, 12.Oktober-Kekalahan PAS dengan majoriti 5,435 undi di Bagan Pinang semalam, tidak memberi apa-apa kesan terhadap pembangunan di negeri Selangor, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, ini merupakan cabaran bagi pakatan rakyat, dan menganggap perkara ini tidak menjadi alasan untuk mengurangkan keinginan membangunkan negeri.

“Kita terima keputusan tersebut walaupun kita rasa ini memberikan kita ransangan dan cabaran yang baru untuk bekerja dengan lebih kuat lagi, rakyat mungkin terpengaruh dengan pemberian yang akan diberikan oleh kerajaan persekutuan dalam usaha pembanguanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2010, di SACC Convec, Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, Kerajaan negeri akan tetap bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam hal pembangunan negeri ini kerana dana kerajaan negeri dan persekutuan, diperolehi daripada rakyat.

“Saya anggap perkara ini tidak akan menjadi satu perkara mengurangkan keinginan kita membangunkan negeri bersama kerajaan persekutuan, duit kerajaan persekutuan dan negeri adalah duit rakyat, saya akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dari segi membangunkan negeri Selangor, pilihan raya kecil ini tidak memberi kesan terhadap usaha pembangunan negeri dan usaha pembangunana Negara Malaysia,” katanya.

Pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang semalam, BN diumumkan menang dengan majoriti lebih besar iaitu 5,435 undi menerusi Tan Sri Mohd Isa Samad yang mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar, mendapat 2,578 undi.
KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

No comments

Powered by Blogger.