Kenapa Umno Senyap Bila Zambry Haram Bagi Tanah! Puak UMNO Buta Ker?

Saya merasa hairan, kenapa Umno kali ini cuma berdiam diri apabila Menteri Besar kudeta Perak, Zambry Abdul Kadir yang mengurniakan tanah kepada bukan melayu tidak dijadikan isu oleh parti jumud ini.

Ini kerana, Malaysia seperti mahu kiamat apabila Menteri Besar Perak yang sah, Ir Nizar Jamaluddin pernah memberi tanah kepada rakyak negeri Perak dahulu.

Sedangkan semasa Nizar dahulu, semua kaum memperolehi manfaat dari pemberian tanah tersebut.

Malah, ada yang mengatakan bahawa Nizar adalah boneka DAP. Oleh itu, jikalau Nizar boneka DAP, maka Zambry pula boneka siapa?

Jikalau pemberian tanah oleh Nizar dulu dianggap tidak sah, kenapa kerajaan haram Perak tidak menarik semula pemberian tanah tersebut?

Kenapa di Terengganu, Umno sangup menarik semula tanah yang diberi oleh kerajaan semasa Pas mememerintah negeri itu? Sehinggakan Umno sanggup merobohkan masjid yang hampir siap dibina hanya kerana kefahaman politik sempit dan dendam kesumat Umno.

Ini tidak lain dan tidak bukan hanya kerana sifat busuk hati Umno yang tidak suka melihat Pakatan Rakyat berbakti kepada rakyat sendiri.

Utusan : Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India

No comments

Powered by Blogger.