Kenyataan Bodoh Ibrahim Ali! Apabila Umno Pun Tak Hingin Kat Katak!

Ibrahim umum pendirian kekal sebagai wakil rakyat Bebas
oleh Zef Othman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak bercadang menyertai Umno tetapi akan memberi sokongan kepada kepemimpinan Umno meskipun sebagai wakil rakyat Bebas.

Bercakap pada sidang media di lobi Palimen, hari ini, beliau berkata keputusan untuk menyertai semula Umno tidak perlu kerana berpendapat parti itu di bawah kepimpinan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan lebih kuat.

Beliau berkata, Umno kini lebih terbuka dan mereka boleh ditegur atau dikritik berbeza dengan Pas.

"Pas apabila ditegur, kepimpinan parti itu tidak dapat menerimanya sehingga wujud desakan untuk melepaskan jawatan sebagai Ahi Parlimen.

"Dengan kekuatan yang dimiliki Umno ketika ini di bawah pimpinan Presiden dan timbalannya, saya berpendapat belum ada keperluan untuk menyertai Umno," katanya.

Ibrahim berkata, buat sementara waktu beliau kekal sebagai wakil rakyat Bebas.

Katanya, beliau kini lebih cenderung memberi sokongan kepada Umno, berbanding parti politik lain.

No comments

Powered by Blogger.