KENYATAAN MEDIA : NGO DISARAN MENGHORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARI’AH

Tindakan beberapa buah NGO yang bergabung dibawah The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) atau Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina yang mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengkaji semula hukuman sebat ke atas Puan Kartika Sari Dewi Shukarno adalah tidak wajar. Mereka masih mengulangi dakwaan bahawa hukuman tersebut telah mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa dan bersifat kejam.

Perlu ditekankan disini bahawa hukuman tersebut adalah selaras dengan peruntukan Undang-Undang Syari’ah Pahang . Dalam peruntukan tersebut juga turut menjelaskan secara terperinci kaedah hukuman yang tidak menzalimi malah tidak akan memudaratkan kesihatan pesalah. Gambaran ini yang perlu diperjelaskan kepada kumpulan-kumpulan NGO tersebut supaya mereka dapat melihat peruntukan dibawah bidang kuasa Mahkamah Syari’ah tidak zalim sebaliknya ingin mendidik mereka.

Isu ini telah dibincangkan secara terperinci diperingkat Kementerian Dalam Negeri dan beberapa hari lepas Timbalan Menteri telah memaklumkan bahawa Jabatan Penjara telah menyediakan pegawai sebat yang bertauliah dan akan menunggu tarikh yang sesuai daripada pihak mahkamah untuk menjalankan hukuman tersebut.

Pihak NGO yang membantah seharusnya akur dan hormat terhadap keputusan pihak mahkamah dan kehendak Puan Kartika. Kita mengharapkan hukuman ini sedikit sebanyak memberikan impak kesedaran kepada rakyat. Ia juga boleh membuka peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk menjalankan kajian-kajian ilmiah terhadap kes sebegini dan membuat perbandingan yang jelas dengan kaedah hukuman yang dijalankan oleh kedua-dua institusi mahkamah di Malaysia.

Saya berharap pihak tersebut tidak lagi membuat desakan-desakan yang mungkin boleh memberikan kesan psikologi dan mengganggu ketenangan Puan Kartika Sari Dewi dan keluarga.

rusly islam

No comments

Powered by Blogger.