Kerajaan Negeri Anjur Kejohanan Futsal Gen S Selangor 2009

Shah Alam,21Oktober-Kerajaan Negeri dengan kerjasama Sekretariat Belia Negeri Selangor(SNBS) Dan Pengerak Belia Tempatan(PeBT) akan menganjurkan Kejohanan Jelajah Futsal Gen S Selangor 2009.

Kejohanan yang julung julung kali diadakan ini bermula 31Oktober – 12 Disember 2009.

Program ini diumumkan Pembantu Exco Belia dan Sukan, Amiruddin Shari dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco di SUK petang tadi.

“Kejohanan ini akan dilangsungkan di kesemua Dua Belas(12)kawasan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di seluruh Selangor.Johan bagi setiap siri jelajah ini berpeluang merebut piala pusingan kejohanan yang bakal berlangsung pada 12Disember 2009 di Stadium Melawati Shah Alam”,katanya.

Sejumlah 3,000 penyertaan daripada belia di seluruh Selangor dijangkakan akan terlibat menyertai kejohanan ini mewakili daerah masing masing.

Johan akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM37,516 dan juga piala pusingan bagi peringkat negeri.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.