Kerajaan Negeri Sumbang RM50,000 Kepada Penan Support Group

SHAH ALAM, 26 Oktober - Atas dasar kemanusiaan, kerajaan negeri menyumbang sejumlah RM50 ribu ringgit kepada Penan Support Group sebagai tanda sokongan kepada usaha badan itu membela masyarakat Penan.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri tidak boleh bertolak-ansur dengan ketidakpedulian kerajaan Sarawak terhadap penindasan kaum Penan sejak 10 tahun lalu.

“Jadi sokongan ini, pertama paling terawal adalah kita memberikan sumbangan sebanyak RM50 ribu ringgit sebagai yang diumumkan Dato’ Menteri Besar.Dan yang keduanya saya selaku exco wanita juga sudi untuk menghulurkan perkongsian pembangunan yang telah kita laksanakan di Selangor ini untuk kita bawa ke Penan untuk kita membantu wanita-wanita khususnya dan pembinaan keluarga disana nanti”,katanya.

Rodziah berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam petang tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, wakil Penan Support Group, Jenita Angie dan Peguam (Pembela Kaum Penan )See Chee How, Voon Shiakni, Baru Bian.

Dalam masa yang sama Rodziah turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap kementerian berwajib yang seolah-olah menyembunyikan laporan Jawatankuasa Bertindak Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap Kaum Penan di Sarawak.

“Adalah amat mengecewakan apabila mengetahui ada di kalangan rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi kehidupan seharian dalam ketakutan dan ugutan manakala golongan wanita serta anak-anak gadis kecil seawal usia 10 tahun dipergunakan serta didera untuk melayani nafsu serakah seksual oleh kebanjiran pekerja-pekerja syarikat pembalakan yang datang dari luar untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan”,katanya.

No comments

Powered by Blogger.