Ketua AMK ke Hong Kong lapor rasuah Musa Aman

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, sedang dalam perjalanan ke Hong Kong untuk membuat satu laporan kepada Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong mengenai korupsi yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Laporan ini adalah untuk menggesa ICAC memperluaskan siasatan terhadap Michael Chia Tien Foh yang ditahan di Hong Kong dalam kes pengubahan wang haram. Michael Chia adalah nomini kepada Musa Aman.

Laporan akan dibuat di pejabat ICAC Hong Kong pada 2 Oktober 2009.
Satu kenyataan media dan salinan laporan tersebut akan dapat diperolehi selepas laporan tersebut dibuat.

Pejabat Ketua AMK

No comments

Powered by Blogger.