Koh Kata Kat Lim Kotakan "kata". Koh Faham Ke Maksud?

PUTRAJAYA 5 Okt. — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mengotakan apa yang diperjuangkannya terutama berkaitan ketelusan.

“Beliau (Lim) memperjuangkan ketelusan tetapi beliau sendiri tidak telus.

Apa yang saya mahukan ialah ketelusan dan kebolehpercayaan,” kata Dr. Koh yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selepas merasmikan Seminar Pengurusan Pengaduan Awam di sini hari ini.

Dr. Koh berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut antara beliau dan Lim selepas Ketua Menteri itu pada minggu lepas berkata beliau bersedia berdebat dengan Dr. Koh mengenai isu tanah di negeri itu semasa pentadbiran bekas ketua menteri itu.

Sebagai jawapan kepada cabaran itu tiga hari lepas Dr. Koh berkata, beliau mahu kerajaan negeri sekarang mengubah status minit mesyuarat Exco mengenai isu Kampang Buah Pala supaya semuanya dijalankan secara telus, sebelum debat diadakan.

Semalam, Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP menuduh Dr. Koh yang juga Presiden Gerakan sebagai tidak ikhlas kerana meletakkan syarat bagi debat itu.-Bernama

macam la hang perintah peneng dulu baik. dasar nak didik umno rasuah.ppppppuuuihhhhhhh........

No comments

Powered by Blogger.