Lebih 15,000 meriahkan rumah terbuka MBSA

SHAH ALAM, 2 Oktober - Lebih 15,000 orang membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) di perkarangan Stadium Shah Alam, petang tadi.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang itu turut dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar dan Datuk Bandar MBSA, Mazalan Md Noor.

Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik seperti laksa, roti, sate, ketupat, roti, dan kuih-muih, orang ramai juga turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan.

Ketika ditemui, Mazalan melahirkan perasaan gembira atas kehadiran ramai para tetamu daripada pelbagai kaum di negara ini.

“Saya rasa sambutannya sangat mengalakkan.Saya ingat melebihi daripada yang kita target.Kita harap mereka dapat bergembira sambil menikmati juadah”,katanya kehadiran para tetamu menggambarkan masyarakat Malaysia khususnya di Shah Alam saling memahami perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di negara ini.

Tambah Mazalan, selain menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan, mereka juga dapat berkenalan dan beramah mesra sekali gus menggambarkan betapa akrabnya hubungan antara kaum di negara ini.

No comments

Powered by Blogger.