MB: Persidangan Antarabangsa anjuran Unisel Buka Ruang Pelaburan

SHAH ALAM, 30 Oktober - Kerajaan negeri Selangor menyambut baik usaha Universiti Industri Selangor (Unisel) mengadakan Persidangan Antarabangsa berkaitan jaringan perniagaan di rantau ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dialog bersama usahawan-usahawan dari Negara jiran yang diadakan dalam persidangan berkenaan membuka peluang kedua-dua Negara untuk mengembangkan perniagaan.

“Dapat mengetahui keadaan-keadaan dan peluang-peluang pelaburan bukan sahaja di Sumatera, tetapi juga di Sulawesi dan di negeri Jawa. Dengan cara itu, kita boleh memanjangkanlagi perhubungan Selangor dengan semua kawasan-kawasan di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TvSelangor selepas mengadakan Dialog perniagaan dan peluang perniagaan di Selangor dan potensi perniagaan di Wilayah Sumatera Utara di Hotel Bluewave, Shah Alam, malam tadi.

Khalid turut menjelaskan Selangor sebuah negeri yang mempunyai prasarana pelaburan yang baik terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, dan ia akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Kita maklum bahawa Indonesia mempunyai penduduk yang ramai dan luas, lebih 260 juta berbanding 26 juta di Malaysia. Oleh kerana prasarana di Selangor agak lebih baik, kesempatan kepada pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia untuk melakukan pelaburan dalam perkara-perkara yang ada hubungannya dengan pembuatan,” katanya.

Menurutnya persidangan seperti ini juga merupakan jaringan baru menjadi pemangkin dalam pembangunan kedua-dua universiti swasta dan pembangunan usahawan.

Di samping itu, katanya Selangor juga boleh mengambil peluang ini untuk membuat pelaburan di Indonesia dengan sektor-sektor perniagaan yang mereka ada.

“Rakan-rakan dari medan kata banyak pelaburan yang boleh didapati di medan dan Sulawesi dalam banyak bidang seperti perlombongan, pertanian dan juga petroleum, jadi ini perkara-perkara yang boleh kita hayati dan pelajari dari perjumpaan ini,” katanya.

Persidangan Private University Industry Linkages (UIBL) dan International Entrepreneur & Family Business(IEFBA) ini dihadiri 150 orang tokoh pendidik, usahawan terkemuka dan ahli perniagaan.

Seramai 90 orang dari sebelas Negara yang terlibat akan membentang kertas kerja berkaitan perniagaan mengikut kepelbagai aspek kepakaran masing masing.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.