MB Rasmi Pecah Tanah Surau di Bandar Seri Putera, Bangi

SHAH ALAM, 10 Oktober-Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Surau Syaidina Umar Al-Khattab di Bandar Seri Putera Bangi.

Surau yang dijangka memulakan pembinaan pada April tahun hadapan merupakan surau pertama di kawasan Fasa 7 Bandar Seri Putera dimana seramai 98 peratus adalah penduduk Islam.

“Majlis ini memang saya sokong dan tidak mestinya saya boleh datang kesemua tempat tetapi saya sokong kerana ini adalah tugas akhirat untuk sediakan tempat perjumpaan dimana masjid dan surau diimarahkan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Surau Syaidina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putera, Bangi, pagi tadi.

Katanya, Tanah seluas 0.5 ekar yang akan dibangunkan ini diberikan oleh Pemaju Bnagi Height Development Sdn Bhd bagi faedah penduduk Islam di sekitanrnya

“Saya berterima kasih kepada pemaju Bangi Height kerana mengadakan majlis ini untuk menjayakan pembinaan surau yang jumlah tanahnya ialah seengah ekar, dan kita dapati jumlah penduduk pon sudah ramai iaitu hampir 15 ribu penduduk dan rancangan ini adalah rancangan selaus 900 ekar,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata, usaha mewujudkan surau dan masjid atau rumah-rumah ibadat adalah digalakan agar penduduk dapat menunaikan ibadat dalam keadaan selesa dan secara tidak langsung mampu mengeratka silaturahim.

Tambahnya lagi, rumah ibadat juga boleh dijadikan tempat pendidikan dan berkumpul bertukar-tukar pandangan.

Namun bagitu dana yang terkumpul untuk pembinaan surau masih belum mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Syaidina Umar Al-Khattab, Abdul Rani Othman berkata penduduk dikawasan itu terpaksa menggunakan surau dan masjid jauh dari kawasan perumahan mereka.

“Sukar untuk penduduk sini untuk ke KUIS kerana dewan terhad, jika ada surau kita boleh duduk bersama, berbincang dan meperkembangkan hal keugamaan,” katanya.

Pembinaan surau ini memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti ibadah bersama masyarakat di kawasan itu termasuk bergotong-royong.

No comments

Powered by Blogger.