Memali

Ketika membaca akhbar the Sun pagi tadi saya mendapat tahu karyawan dan aktivis Rahmat Haron telah menerbitkan sebuah filem dokumentari Al Fatehah Memali.

Tragedi berdarah Memali berlaku pada 1985. Usia saya cuma tiga tahun waktu itu. Namun saya tahu bapa saya, seorang pegawai kanan kerajaan pada ketika itu, mengikutinya dengan dekat. Beberapa tahun kemudian, saya terjumpa beberapa artikel tentang peristiwa Memali di rumah kami. Memandangkan perbualan saya dengan bapa saya dari kecil lagi bersifat ’serius’ - tentang sejarah, agama dan politik - isu Memali ini begitu dekat dengan diri saya.

Sebaik sahaja saya mendapat akses Internet, sekitar 1997, selain belajar HTML dan mengasaskan laman web Geocities, saya turut mengumpulkan bahan-bahan tentang peristiwa Memali dan menghantarnya menerusi e-mel kepada rakan-rakan yang ramainya tidak tahu-menahu tentang tragedi tersebut. Namun sehingga hari ini, luka mendalam ini tidak dilupakan penduduk kampung tersebut yang rata-ratanya masih lagi daif.

RTM pernah mengeluarkan dokumentari versi kerajaan tentang apa yang berlaku di Memali. Siarannya diulang selepas tragedi Al Maunah.

Mungkin Datuk Seri Hishamuddin Hussein boleh meredakan luka lama ini, sekurang-kurangnya menjelaskan bagaimana sekumpulan orang kampung papa kedana boleh dibunuh demikian rupa, dan tidak dipulihkan sebagaimana saranan beliau terhadap Noordin Md Top?

:http://www.niknazmi.com/wordpress/

Hisham: Noordin could have been rehabilitated

KUALA LUMPUR: Terrorist Noor­din Md Top, who was shot dead by Indonesian police, could have been rehabilitated.

Home Minister Datuk Seri Hisha­mmuddin Tun Hussein said he was sad to hear about the death.

“What he did was wrong. We don’t condone what he did. I am sad that we did not get to rehabilitate him, like we have done with many others, including Jemaah Islamiah militants.

“I am sad because a life is a life,” he told reporters after watching personnel from the police, Rela, Civil Defence Department and Rescue and Safety Department carry out Ops Sikap at the Jalan Duta toll here.

Noordin, a militant mastermind who eluded capture for nine years and terrorised Indonesia with a string of deadly bombings, was killed during a shoot-out in central Indonesia yesterday.

Hishammuddin said the Government would help Noordin’s family bring the body back after the authorities completed their investigations.

He said Noordin’s identity had been confirmed through a fingerprint check but a DNA test would be conducted to verify the result.

Hishammuddin said Malaysia had cooperated with all parties, including Indonesia, in cross-border crime, but added that Malaysia had no part in yesterday’s raid.

Al-Fatehah Memali

terima kasih kepada semua (khususnya warga Memali) yg membantu menolong menjayakan video dokumentari ini.

Prasasti Memali bukan disuratkan dengan plak emas atau ukiran di atas logam2 mahal. cukup hanya dengan tulisan marker pen di atas manilakad .

(gambar pusara para Syuhada)

Al Fatehah Memali menceritakan kisah dua orang penyanyi penulis lagu (singer songwriter) Black (klik blog) dan Meor (klik blog) yang cuba mengungkap peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Kg. Memali pada tahun 1985 di Baling, Kedah.

Al Fatehah Memali dapat menjadi kenyataan setelah cadanganku diterima pihak Freedom Film Festival dan Komas (klik di sini untuk jadual, tiket2 percuma tayangan Al-Fatehah Memali, berserta 'filem'2 lainnya).

Komas bertindak sebagai produser dengan mengeluarkan belanja sederhana RM 5ribu.
gambar2 dlm catatan ini diambil oleh teman, Alfian Tahir (klik blognya) yg mengikuti penggambaran.

(kucing Memali)

No comments

Powered by Blogger.