Najib Bidas "Orang" Nak Kuburkan UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak-pihak yang tidak sabar 'mentalkinkan' Umno sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran, lapor Bernama.

Kata-kata Presiden UMNO itu sekaligus mengiyakan tentang wujudnya pandangan dan sikap rakyat yang memang sudah tidak sabar untuk mengkubur dan mentalkinkan UMNO.

Presiden Umno itu juga berkata sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lepas, musuh-musuh politik Umno telah mula meramalkan kejatuhan parti berkenaan tetapi perkara itu bukan pertama kali berlaku.

"Kata mereka, Umno sudah nazak dan hanya menanti waktu. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam seMalaysia tertubuh akibat perpecahan dalam Umno," katanya.

Dalam ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2009 hari ini, Perdana Menteri berkata telahan juga dibuat selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga apabila banyak calon Umno tewas.

Katanya andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan Umno 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Melayu Semangat 46 dan dicanang pada pilihan raya umum 1999.

"Hakikatnya setiap generasi kepimpinan Umno menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman. Alhamdulillah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental," katanya.

Merujuk keputusan pilihan raya umum ke-12 lepas, Najib berkata rakyat telah memberi mesej yang jelas kepada Umno dan justeru itu, Umno sedar dan insaf untuk berubah.

"Kita tahu rakyat masih sayangkan Umno. Apa yang mereka inginkan hanyalah agar Umno berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah," katanya.

Bagi seorang pemimpin Pakatan Rakyat, beliau menyatakan beliau tidak nampak apa perubahan yang dibawa oleh UMNO. Yang nyata, UMNO kelihatan emakin lemah dan tidak bermaya untuk menjadi wadah politik tanahair, jauh sekali untuk terus diberikan amanah untuk memimpin negara.

Malah kemenangan UMNO BN di Bagan Pinang minggu lalu, bukanlah merupakan kemenangan hakiki tetapi adalah kemenangan yang memperdayakan UMNO sendiri, kemenangan yang berasaskan kepada undi pos yang bukan dari kalangan penduduk setempat.

No comments

Powered by Blogger.