Najib Minta Jasa Umno DiKenang Rakyat ?

Oleh HalikZaman

"
Dari Kacamata Halik Zaman

SEDIKIT kehampaan apabila mendengarkan ucapan Presiden UMNO pagi tadi di campur dengan kekeliruan ekoran timbulnya musykil di hati. Siapa yang sepatutnya berbudi ? Rakyat atau Pemimpin ? Wujudnya sesebuah Kerajaan adalah hasil dari kutipan undi yang di berikan oleh rakyat. Tanpa undi rakyat, sesebuah Kerajaan tidak bisa di tubuhkan. Kerana undi rakyat adalah undi keramat penentu segalanya.


Bagi pandangan kita, pemimpinlah yang seharusnya berbudi kepada rakyat dan membalas budi rakyat. Bukannya rakyat yang harus mengenangi "budi" yang dipersembahkan oleh para pemimpin. Tanpa "budi dan undi" rakyat, para pemimpin yang ada hari ini bukan siapa siapa.

Sesungguhnya "budi terbentuk undi rakyat" yang di hadiahkan kepada para pemimpin haruslah di balas dengan keperihatinan pemimpin. Dan sebagai pemimpin, adalah tidak wajar untuk kalian meminta jasa anda atau Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO untuk di balas. Memang sudah tanggungjawab anda sebagai pemimpin untuk bekerja untuk rakyat kerana atas dasar itulah anda di pilih untuk menjadi pemimpin dan wakil rakyat yang dibayar gaji dari wang rakyat.
Definasi 'wakil rakyat' adalah bekerja untuk rakyat. Perihatin kepada rakyat yang memilih mereka jadi pemimpin. Bukannya setelah di pilih sebagai wakil rakyat, mereka menjadikan 'title' baru ini sebagai batu loncatan untuk kesatu tahap yang lebih tinggi dengan mengabaikan nasib rakyat yang telah mengundi mereka.

Mengapa Presiden UMNO membangkit dan mengungkitkan kebajikan yang di berikan kepada rakyat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seperti air percuma dan kenaikan elaun. Kenapa tidak melihat subjek ini sebagai suatu perspektif yang positif ? Ucapan Perdana Menteri ini sekiranya di analisakan secara terperinci, ia berbau iri hati dan hasad dengki. Mana sifat sifat perihatin rakyat yang sering beliau laung-laungkan ?

Adakalanya kita tidak sedar dengan apa yang telah kita katakan. Kita alpa dengan logiknya ungkapan yang telah di luahkan. Pelbagai bentuk info di sampaikan dan pelbagai corak penerimaan rakyat terhadap apa yang di sampaikan. Seperti ucapan Perdana Menteri tadi, rakyat akan tertanya-tanya, apakah keperihatinan dan kebajikan yang di hulurkan oleh pemimpin UMNO/BN selama 60 tahun ini perlu di balas ?

Tidakkah pemimpin UMNO/BN sedar seharusnya merekalah yang harus mengingati budi rakyat yang mengundi mereka dan kerana undi rakyatlah pemimpin-pemimpin UMNO/BN masih lagi duduk selesa dengan kedudukan masing-masing.
Tidakkah lagi pemimpin UMNO/BN harus bersyukur dengan apa yang mereka ada pada hari ini ? Mengapa dek kerana ada segelintir rakyat yang tidak menyokong UMNO, maka segala keperihatinan dan kebajikan yang telah Kerajaan UMNO/BN hulurkan menjadi suatu perkara yang menjadi ungkitan dan minta budi UMNO dibalas oleh rakyat?

Jangan terlalu mendabik dada para pemimpin UMNO/BN, jangan sampai rakyat "berjauh hati" kerana apabila ini terjadi, jangan terperanjat seandainya "undi keramat" rakyat akan beralih kotak kearah Pakatan Rakyat. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada dan berhentilah memperkotak-katikkan kebajikan dan keperihatinan yang di laksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Hayati makna 'tanpa rakyat' tidak ada Kerajaan dan tidak ada pemimpin UMNO/BN. Lihat sahaja apa dah jadi dengan beberapa pemimpin UMNO/BN yang tersungkur semasa PRU 12 ? Mengapa ianya terjadi ? Ianya terjadi kerana peluang yang mereka ada selama beberapa penggal yang seharusnya di gunakan untuk membela nasib rakyat tidak di laksanakan dengan sebaiknya, akhirnya rakyat mengambil langkah dengan mendermakan undi mereka kepada barisan calon Pakatan Rakyat. Tidakkah lagi UMNO/BN sedar ?

Tsunami politik tidak akan mungkin terjadi kalau tidak kerana kecuaian dan kelalaian UMNO/BN sendiri. Rakyat sudah mulai bosan dan cuak dengan pentadbiran mereka yang lebih kepada usaha "memartabatkan" poket dan akaun sendiri. Rakyat yang bersusah-payah mengundi mereka diabaikan dan tidak diberikan perhatian sewajarnya. Selama beberapa penggal rakyat bersabar namun apabila kesabaran mereka telah sampai kekemuncaknya, maka inilah terjadi undi rakyat bukan lagi 100% milik UMNO/BN.

Kerajaan membina sekolah pendidikan, buat lebuh raya, buat hospital dan ianya adalah hasil dari wang rakyat, Sepatutnya Perdana Menteri dan para Menteri yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana rakyat telah bermurah hati mengamanahkan barisan kepimpinan Kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat dan wang rakyat. Sayugia diingatkan wang rakyat tidak seharusnya di salah-pakai dan bukan untuk di guna-pakai bagi memperkayakan diri sendiri atau menyalahgunakannya secara rasuah.

Kerajaan mewar-warkan projek rumah murah untuk rakyat, letrik dan air untuk rakyat, telefon dan internet untuk rakyat, sekolah, hospital dan lebuh raya untuk rakyat. Tapi apakah para pemimpin UMNO sudah lupa rakyat yang bayar untuk setiap kemudahan yang di sediakan itu bukan percum. Bagi yang kaya memanglah tidak menjadi satu masalah, tapi bagi yang kurang berkemampuan ianya suatu perkara yang amat membebankan mereka.

Kita masih lagi belum mendengar ada sekolah kerajaan yang percuma dari setiap aspek. Masih ada rakyat yang mengeluh dengan kedatangan bil elektrik di rumah mereka. Di zaman hari ini amat susah bagi sesebuah rumah yang bilnya tidak sampai RM20. Kecualilah bagi pendatang haram dan yang miskin tegar yang hanya punya lampu kalimantang tanpa kipas, tanpa ada kemudahan elektrik yang lain. Tapi purata sebuah rumah yang ada kelengkapan eletrik paling sedikit pun mencapai bil eletrik bulanan mereka sebanyak RM40.00. Dengan keadaan berkeluarga dan kos sara hidup yang agak menyusahkan pada hari ini semua ini menambahkan lagi bebanan yang terpikul di bahu rakyat. Itupun, kerajaan UMNO/BN masih lagi mahu menagih budi dan dikenang jasa mereka ?
Bagaimana jasa rakyat memertabatkan para pemimpin UMNO menjadi Menteri tidak dikenang? Bagaimana jasa rakyat memertabatkan UMNO/BN jadi Kerajaan tidak dikenang?

No comments

Powered by Blogger.