Noorainee mahu isteri menteri lebih terampil? ala2 Rosmah Kembang?

KUALA LUMPUR: Isteri Menteri dan Timbalan Menteri disaran tingkatkan pengetahuan dan keterampilan diri seiring peranan yang digalas suami supaya mampu menjadi pendorong utama dan tanggungjawab kepada negara dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Naib Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri (Bakti), Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berkata ia penting berikutan tugas suami terlaksana dengan jaya apabila isteri ada pengetahuan dan keterampilan diri yang tinggi.

“Seiring dengan arus semasa, Bakti mahu setiap isteri dibekalkan dengan pengetahuan tinggi dan sentiasa peka dalam setiap perkara yang berlaku dalam masyarakat.

“Isteri menteri perlu bijak mengendalikan mesyuarat, petah berucap, membina jaringan perhubungan serta arif dalam semua perkara membabitkan hal-ehwal semasa,” katanya dalam ucapan perasmian pada Kursus Peningkatan Ilmu dan Keterampilan Diri, untuk Isteri Menteri dan Timbalan Menteri 2009 di Dewan Sri Baiduri Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini, semalam.

Seramai 18 ahli mengikuti kursus terbabit yang berlangsung lapan hari termasuk isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Maznah Muhamat; isteri Timbalan Menteri Pelancongan, Datin Seri Anisa Hamidah Abdullah serta isteri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datin Fatimah Saidin.

Noorainee berkata, kursus yang dijalankan empat tahun sekali itu memberi penekanan utama kepada aspek keterampilan termasuk teknik berdepan dengan masyarakat, pengucapan awam, penggunaan teknologi maklumat serta pengetahuan dasar awam.

“Objektif utama kursus ialah meningkatkan semangat kekitaan dan kerja berpasukan di kalangan ahli Bakti, meningkatkan keupayaan menjadi isteri pemimpin yang berbudaya murni dan berkualiti tinggi seiring dengan peranan yang dimainkan suami sebagai menteri.

“Selain itu, ia turut mendedahkan ahli Bakti untuk menjadi pemimpin yang berkesan dalam setiap aktiviti yang dijalankan membabitkan program wanita,” katanya.

Beliau berkata, perubahan iklim politik serta persekitaran sukar diramalkan tidak boleh dipandang remeh sebaliknya perlu dibekalkan dengan pengetahuan yang tinggi supaya dapat memainkan peranan lebih aktif.

No comments

Powered by Blogger.