PANAS! Sivarasa Janji Bawa Saksi Utama Kes Lingam Ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat R. Sivarasa hari ini berkata beliau akan membawa ke Parlimen tidak lama lagi saksi utama dalam kes percutian Datuk V. K. Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand bagi memastikan penyiasatan kes itu dapat diteruskan.

Anggota Parlimen Subang itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti saksi berkenaan, yang dipercayai seorang wanita.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia tidak dapat meneruskan siasatan kes itu kerana gagal mengesan saksi utamanya.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.