Pasukan Selangor Perlu Tebus Semula Piala Sultan Selangor

SHAH ALAM, 6 Okt - Pasukan Selangor perlu melipat gandakan usaha untuk merampas kembali Piala Sultan Selangor yang jatuh kepada tangan pasukan Singapura malam kelmarin.

Ini kerana sudah tiga kali kejohanan yang sama pasukan Selangor gagal memenangi perlawanan tersebut sama ada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang tuan rumah.

Maruah pasukan Selangor sedikit banyak agak tercalar dengan kekalahan ini apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyaksikan sendiri perlawanan tersebut.

Walaupun pemain-pemain Selangor agak kepenatan selepas bertarung dengan Kuala Muda Naza pada perlawanan Piala Malaysia, namun, ianya bukan alasannya yang baik untuk mengelak daripada dipersoalkan kerana prestasinya buruk pada kejohanan kali ini.

Bagaimanapun, Selangor perlu bijak mengatur strategi perlawanan bukan bergantung kepada jenteranya semata-mata, peranan jurulatihnya, K.Devan perlu peka kepada kekuatan lawan terlebih dahulu sebelum meletakkan pemainnya di gelanggang.

Tidak mustahil pasukan Selangor mampu mengulangi rekod cemerlangnya merangkul 3 kejuaraan dalam satu musim. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.