Pelajar Universiti..Sokong Pembangkang Tak Boleh! Sokong BN Boleh?

Pegawai HEP pasukan pemantau pilihanraya

Tg Malim , 19 Oktober – Pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang dalam kawasan Port Dickson , Negeri Sembilan telah berlalu dan pemenangnya telah diketahui tetapi ia telah menimbulkan beberapa isu kepada mahasiswa UPSI.

Isu yang dimaksudkan adalah kehadiran beberapa orang mahasiswa dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) sebelum pilihanraya berlangsung.Pihak SuaraUPSI yang berusaha mendapatkan maklumat tentang perkara ini berjaya menemui seorang sumber yang menerangkan tentang kehadiran mahasiswa dan pegawai JHEPA ke tempat tersebut.

Menurut sumber tersebut , kehadiran mahasiswa ke tempat pilihanraya adalah perkara biasa bagi mana-mana pilihanraya dan apa yang menjadi kesalahan adalah jika mereka didapati terlibat secara aktif dalam politik luar berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang jelas melarang melarang mana-mana individu bergelar mahasiswa institut pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat secara langsung dengan dunia politik luar.

Manakala kehadiran pegawai JHEPA adalah sebahagian daripada pasukan pemantau yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT).

Objektif pasukan tersebut adalah untuk mengelakkan mana-mana pelajar dan juga kakitangan semua IPTA daripada terlibat dalam gerakan atau kempen pilihanraya parti politik, menjaga nama baik universiti dan membantu pihak berkuasa universiti dalam usaha menghalang dalam bentuk fizikal pelajar dan kakitangan universiti terlibat dalam aktiviti parti politik.

Sumber tersebut menyatakan pasukan pemantau tersebut dianggotai oleh pegawai-pegawai JHEPA dan Unit Keselamatan semua IPTA yang berada di bawah bidang kuasa KPT dan mereka akan digerakkan bagi pilihanraya umum dan kecil.

Beliau menjelaskan bahawa Jawatankuasa Peringkat Negeri dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar sesebuah negeri yang telah kuasa untuk menjaga negeri tersebut manakala Jawatankuasa Peringkat IPTA yang terlibat adalah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang dilantik oleh Naib Canselor universiti tersebut.


selanjutnya.....

No comments

Powered by Blogger.