Percaya Lah! Geng MB Negeri Sembilan Dalam Rancangan Boikot Isa Samad!

TENTU semua melihat reaksi dan raut wajah Datuk Muhamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan semasa Muhyiddin begitu berkobar-kobar semangatnya mengisytiharkan Isa Samad sebagai calon BN bagi PRK Dun Bagan Pinang.

Sebaik saja Muhyiddin mengumumkan nama Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN, MB yang pada mulanya begitu ceria kelihatan agak terkejut, walapun beliau telah mengetahui berita itu lebih awal. Jelas sekali beliau tidak gembira dengan pemilihan Isa sebagai calon BN.

Perasaan tidak gembiranya jelas sekali terpampang diraut wajah Menteri Besar itu. Walapun ada ketikanya beliau cuba menghiburkan hati sediri dan hati para hadirin dengan 'mempamerkan kegembiraan yang dibuat-buat', tetapi rakyat 1Malaysia dapat melihat dengan jelas perasaan tidak gembira dan tergugatnya itu di kaca-kaca tv.

Bukan sedikit jumlahnya penganalisis politik yang berpendapat bahawa Team MB Negeri Sembilan ini akan cuba sedaya upaya untuk 'mensabotaj' Isa Samad dengan maksud untuk menggagalkan usaha Isa Samad untuk kembali bertapak dalam politik negeri.

Sekiranya Isa berjaya dalam percubaannya, sudah tentu kedudukan Hassan selaku Menteri Besar akan tergugat kerana Isa diketahui ramai, masih mempunyai pengaruh dan juga penyokong di negeri adat itu.

Apapun, harap para pengundi Bagan Pinang bijak memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin yang bersih yang ditawarkan oleh PAS, berbanding pemimpin yang telah dibuktikan bersalah kerana kesalahan rasuah.pemuda kemehe

No comments

Powered by Blogger.