Pilihanraya Kecil Terlampau .. siri 2

ketua pemuda pas pusat

1. Saya telah mengunjungi Ketua Polis Port Dickson dipejabatnya bagi membuat aduan berhubung beberapa siri keganasan yang mencederakan petugas - petugas PAS dan provokasi yang melampau sepanjang tempoh kempen di Bagan Pinang .

2. Saya mencadangkan supaya PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan dan menambah anggota dengan kadar yang munasabah bagi memastikan sesuatu yang tidak diingini tidak berlaku .

3. Saya menunjukkan 3 laporan polis oleh mangsa [ petugas PAS ] keganasan kepada Ketua Polis Port Dickson agar pihak PDRM segera mengambil langkah mengawal keselamatan petugas parti dan mengahalang sebarang provokasi .

a ] No. report : 4498/09 Abu Said Elias [ ic no : 851104145913 ] bersama rakan , Mohamad Azwan , Mohd Aafiiffuddin dan Ahmad Izzudin yang telah dipukul di hadapan Markaz Pemuda PAS - alamat PT 2321 A Kampung Bagan Pinang - pada 8 hb Oktober jam 2.30 am

b ] No. Report 4508 Baharuddin bin Abu Kassim [ ic no : 651018065013 ] . di pukul pada tempat , tarikh dan masa yang sama .

c ] No. Report 4489/09 : Mohd Sahid a Mohamad [ ic no : 820621055199 ] , dipukul pada 7 hb 10 jam 2.30 petang di padang awam Taman Dato' Abdul Samad PD . Cedera di mata kiri , bengkak di kepala dan sakit belakang badan , perut dan paha kanan . Mendapat rawtan di hospital Port Dickson .

4. Malangnya tiada tindakan yang berkesan dan anggota keselamatan tidak ditambah melainkan hanya kelihatan beberapa orang polis trafik yang mengawal lalu lintas . Tiada MARTEK polis di simpang - simpang jalan utama sebagaimana Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Permatang Pasir dan Manek Urai .

5. Ketiadaan kawalan keselamatan oleh PDRM inilah memungkinkan provokasi melampau dicetus lalu berakhir dengan insiden pergaduhan yang sepatutnya tidak berlaku . Sebelumnya saya difahamkan satu kenyataan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Megat Firdaus [ sebagaimana yang tersiar di media - Sinar Harian ] bahawa mereka akan membawa 4000 anggota mereka yang telah dilatih ala - komando ke Bagan Pinang bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN .

6. Saya adukan perkara ini kepada Ketua Polis Port Dickson secara lisan di pejabatnya kerana khuatir ia menjadi pencetus kepada aksi - aksi ganas yang mengganggu keharmonian pilihanraya . Juga tiada sebarang tindakan jauh sekali memanggil Megat Firdaus untuk diambil keterangan .

7. Ketua Putera UMNO Abdul Azeez Abd Rahim berjaya dalam lakonannya yang mendakwa bahawa beliau dipukul oleh petugas PAS sedang rakaman menunjuk beliau berjalan selesa menuju ke pusat penamaan calon dan bertemu dengan kami para pimpinan PAS di dalam kawasan pusat penamaan calon . Beliau ketika sangat ceria dan kemas segak , langsung tiada kesan dipukul . Beliau hanya mengadu sakit apabila pulang ke rumah . Lakonan ini mencetus kemarahan ahli - ahli UMNO dan membangkitkan dendam terhadap petugas PAS yang dituduh telah memukul Abd Azeez .

8. Sepanjang tempoh kempen saya menyaksikan berlakunya provokasi yang sangat keterlaluan . Anak - anak muda bermotor dengan lilitan merah ditangan sering mencetus provokasi tersebut . Lantaran tiada kawalan keselamatan , provokasi ini berlangsung hingga ke hari pembuangan undi . Provokasi keterlaluan ini akhirnya mencetuskan pergaduhan dikalangan jentera parti kedua - dua pihak sekaligus mencemarkan pilihanraya .

9. Satu pergaduhan besar berlaku di hadapan Sekolah Si Rusa . Saya bergegas ke situ dari Markaz Induk untuk meleraikan pergaduhan dan mententeramkan ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi . Sebaik sahaja keadaan dapat dikawal [ beberapa orang mengalami kecederaan dan sebuah kereta petugas PAS mengalami kerosakan kerana dipukul ] , saya segera bertemu Ketua Polis Negeri [ Othman Salleh ] yang secara kebetulan juga tersangkut di situ dalam perjalanan pulang ke balai . Saya sekali lagi mempersoalkan kenapa polis tidak mengambil langkah berkesan dengan menambah bilangan anggota keselamatan dan membuat kawalan rapi di sepanjang tempoh kempen . Beliau menjawab " You jangan persoalkan kerja saya ! "

10. Sebelah malamnya pula satu pergaduhan besar berlaku di Markaz PAS Terengganu berhampiran PD Marina Resort Telok Kemang . Sekali lagi saya berkejar ke situ untuk meredakan ahli PAS agar bersurai dan kembali masuk ke markas dan tidak terpengaruh dengan provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab ini . Alhamdulillah sejurus saya tiba , ketegangan berjaya diredakan dan kemudiannya FRU tiba untuk memastikan ratusan anak muda bermotor tidak menyerang markaz PAS Terengganu .

11. Saya sendiri menjadi hairan , kenapa pilihanraya Bagan Pinang kali ini penuh dengan adegan provokasi dan pergaduhan . Seperti ia benar - benar dirancang . Bermula dengan ketiadaan kawalan keselamatan polis [ MARTEK - seperti di Kuala Terengganu , Permatang Pasir dan Permatang Pauh ] , di tambah kenyataan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO yang dilaporkan oleh media mahu membawa 4000 ahli terlatih ala - komando dan aksi - aksi ganas serta provokasi sepanjang tempoh kempen .

12 . Menyaksikan tenaga parti tidak mencukupi dan keselamatan petugas parti sepenuh masa yang berkampung di Bagan Pinang sangat terancam dengan insiden provokasi dan pergaduhan yang berlaku , ditambah pula Markaz Pemuda diserang oleh ratusan orang yang tidak dikenali sedang petugas pemuda yang dijadualkan bertugas di markaz Pemuda pada waktu itu hanyalah sekitar 25 orang .

13. Kebanyakan pemuda yang turun ke Bagan Pinang adalah melalui negeri dan mereka diagih bertugas di UPU - UPU mengikut agihan negeri masing - masing . [ Sekitar 70 % petugas di UPU - UPU tersebut adalah dari kalangan pemuda . Markaz Induk Pemuda tersebut hanya menjadi tempat mesyuarat dan penyelarasan aktiviti Urusan Pengundi Muda . ] Sedang perayu - perayu undi khasnya dikalangan Muslimat memerlukan kawalan keselamatan dari pemuda . Markaz Dewan Ulama' juga diganggu dan mereka memerlukan petugas pemuda untuk membuat kawalan , sementara Unit Amal telah ditempatkan untuk mengawal perjalanan undi pos .

14. Lalu saya mengambil langkah segera mengerahkan seluruh pemuda PAS dari seluruh negara yang belum turun ke Bagan Pinang untuk segera turun kerana keadaan sangat memerlukan mereka . Mereka usah lagi ragu mengenai tahap keperluan mereka turun ke Bagan Pinang , mereka juga tidak perlu teragak - agak jika terpaksa mengorbankan wang ringgit dan tenaga mereka , dengan itu saya bersumpah DEMI ALLAH , di atas nama Jihad Fisabilillah , saya arahkan mereka turun ke bagan Pinang untuk memastikan keselamatan pimpinan , petugas dan bilik gerakan parti lantaran keadaan kian kritikal dengan berlakunya provokasi yang berterusan .

15. Pemuda dikerah setelah saya lihat pada waktu itu yang ramai hanya pelancong politik . Datang ke Bagan Pinang hanya untuk meraikan suasana sambil membeli belah di gerai - gerai dan mendengar ceramah . Mereka bukan petugas yang mendaftarkan diri untuk sedia digalas beban gerakkerja .

16. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya telah meletakkan Jihad sebagai jalan perjuangannya . Dermanya jihad , berjaga malamnya jihad , tampal posternya jihad malah segala - galanya jihad selama mana ianya dilakukan untuk mendaulatkan syariat Allah swt . Saya tegaskan demikian supaya pemuda rasa apa yang mereka lakukan itu adalah ibadah yang bakal diganjarkan pahala .

17. Lucunya UMNO berasa terancam dengan sms jihad yang saya hantar hanya kepada EXCO DPPP dan Ketua - Ketua DPP Negeri supaya mereka mengerah seluruh pemuda turun bertugas di Bagan Pinang . Timbalan Perdana Menteri menyebut sms jihad itu untuk menimbulkan kekacauan . Alangkah jahilnya beliau mengenai jihad . Terlalu banyak ayat jihad di dalam al Quran , apakah Al Quran pencetus kekacauan ? waliyazubillah . Saya berlindung dengan Allah dari bahana kejahilan seperti ini .

18. Pemuda UMNO pula mahu hadapkan saya dengan akta hasutan dan mengutuk saya dalam perhimpunan agong mereka . Tetapi mereka tidak bersuara terhadap kenyataan penolong setiausaha pergerakan mereka . Saya nak beritahu kepada pemuda UMNO , bahawa Jihad adalah jalan kami dan mati syahid adalah setinggi - tinggi cita - cita kami .

19. Saya bimbang trend provokasi dan pergaduhan yang telah membawa kemenangan besar kepada UMNO dan BN akan diteruskan dalam pilihanraya akan datang . Jika ia berlaku , hancurlah demokrasi dan musnahlah peradaban serta tamadun negara ini .

20. Sungguh inilah pilihan raya terburuk yang pernah saya sertai .

No comments

Powered by Blogger.