PKR Tolak Murugiah! Bukan Murugiah Tolak PKR...Faham Betul2!

Laporan akhbar Sinar Harian bertajuk “ Murugiah Tolak Sertai Pembangkang” dirujuk. Saya rasa ianya patut dirujuk sebagai PKR Tolak Murugiah.

Kenyataan T Murugiah seakan beliau tamakkan tawaran jawatan sebelum memutuskan parti yang akan disertainya. Setahu saya tidak ada pihak dari Parti Keadilan Rakyat membuat tawaran kepada beliau , sekiranya adapun PKR tidak memerlukan pemimpin yang tamakkan jawatan tetapi mereka yang benar-benar percaya akan lunas-lunas perjuangan parti.

Adalah lebih baik kita tawarkan jawatan kepada akar umbi Parti Keadilan Rakyat yang taat setia bersama parti mengharungi ombak perjuangannya.

Kedegilan beliau untuk terus mengekalkan jawatan Timbalan Menteri walaupun dipecat oleh parti asalnya itu sendiri telah memecahbelahkan penyokongnya terutama terutaman orang India seperti diinginkan oleh Perdana Menteri.

Sekian.

http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/pkr-tolak-murugiah/

No comments

Powered by Blogger.