Saya Tidak cabar Khalid

1. Hari ini Utusan Malaysia meletakkan tajuk kecil di muka surat 15 " Nasrudin cabar Khalid ".

2. Apa yang saya nak betulkan di sini ialah saya tidak mencabar tetapi meminta agar Yb. Khalid Samad mengemukakan bukti terhadap kenyataan beliau bahawa mana - mana pimpinan yang berminat dengan UMNO boleh keluar dari Pakatan Rakyat .

3. Tidak perlu ada cabar mencabar antara kita . Tajuk akhbar itu jelas satu provokasi untuk mencetus sengketa . Apa yang jelasnya ialah saya meminta agar Yb. Khalid mengemukakan bukti atas kenyataannya .

4. Siapa pimpinan yang dimaksudkan itu dan apakah bukti yang ada sehingga mendorong beliau membuat kenyataan terbuka . Jika tidak disertakan bukti sebaliknya hanya membuat kenyataan umum begitu , maka ia menjadi serkap jarang yang akan melebarkan fitnah .

5. Insyaallah , saya sendiri akan mengambil masa untuk bertemu dengan Yb. Khalid Samad esok bagi mendengar sendiri dari pihak beliau . Kerana kita tidak mahu sebarang pertuduhan dilempar ke tengah melalui media . Semoga Allah swt menjernihkan parti ini .

ketua pemuda pas pusat

No comments

Powered by Blogger.