Siapa bertanggung jawab terhadap maksiat dalam negara?

Siapa bertanggung jawab terhadap maksiat dalam negara? Ustaz Amin melihat dari tanggung jawab lima golongan:

1. Pemimpin
Untuk memberikan solusi secara drastik, ia memerlukan perhatian dari golongan pemimpin negara. Pemimpin negara boleh memberi arahan kepada seluruh penguatkuasa untuk membersihkan perkara ini. Beri tumpuan pada pendidikan, jaga media massa, kurangkan hiburan dan sebagainya.

Cuba kita lihat di negara Iran contohnya. Apabila media massa di kawal, rancangan hiburan Islam diperbanyak, maka payah ingin melihat perkara maksiat, malahan tarannum (lagu al-Quran) menjadi kegilaan bagi anak-anak muda.

Tapi jika pemimpin pun gemar pada seks. Maka sudah tentu, kemahuan menghalang itu kurang. Cuba lihat pemimpin pilihan baru-baru ini, belum kahwin dah tidur dengan orang. Soal ia didedahkan oleh parti lawan, itu soal lain, tapi dari sudut moral, agama dan adat ketimuran ia tetap menjijikkan. Bagaimana ingin membetulkan bayang-bayang jika tiangnya sendiri pun bengkok.

2. Pelaksana undang-undang
Para pelaksana undang-undang perlu lebih tegas bagi memastikan ia terkawal. Ada kadang-kala, maksiat depan mata pun, tidak dicegahnya, apabila ditanya, "kami tak dapat laporan". Ia melibatkan penguatkuasa dari kerajaan maupaun dari jabatan agama. Yang dah buat alhamdullillah, kita tidak nafikan usaha itu, tetapi perlu lebih agresif lagi. Ada soalan sedang menunggu kita di akhirat.

3. Masyarakat
Masyarakat juga perlulah sama-sama turut menjaga keadaan ini. Para artis dan pelakon termasuk anggota masyarakat. Dia yang selalu keluar dan menjadi idola para pemuda. Tetapi jika para artis juga selalu terlibat dengan pergaulan bebas, maka contoh itu dilihat oleh remaja, dan gaya hidup itu akan diikuti.

4. Keluarga
Walaupun ibu bapa sibuk, ia tetap perlu meluangkan masa yang kualiti bersama anak-anak. Anak yang terbiar akan lebih selesa mencari penyelesai masalah bersama kawan dari keluarga. Hasilnya, jika ia berkawan dengan golongan yang salah, maka nasihat jahatlah yang selalu dengar.

5. Pertolongan dari Allah.
Setelah kita perkasakan keempat di atas, ia tetap tidak sempurna jika tiada restu izin dari Allah. Setelah berusaha semaksima mungkin, semua perlu berdoa. Agar ia dipelihara oleh Allah. Allah berfirman: "Jika sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa maka Kami akan buka pintu keberkatan dari langit dan bumi."

Ini harapan kita, semua pihak bertanggung jawab. Jika anak muda rosak, siapakah pelapis perjuangan yang boleh kita harapkan untuk membela agama, bangsa dan negara.

http://www.ustazamin.com/2009/02/tarbiah-dan-dakwah-9-seks-di-tepi-jalan.html

Ulasan: Suatu masa anak muda kita akan mempersoalkan mengapa pemimpin negara, pelaksana undang-undang, masyarakat dan keluarga membiarkan mereka rosak? Kalau benar-benar sayangkan generasi masa depan, buatkan sesuatu yang bermanfaat.

No comments

Powered by Blogger.