Sistem kasta dalam Umno

Rupanya dalam Umno ada KASTA… hukuman adalah berbeza dan sangat bergantung sekuat mana KABEL mereka

Sistem kasta selalu dikaitkan dengan bangsa India dulu kala yang membezakan taraf seseorang mengikut kedudukan mereka. Namun di zaman moden ini, sistem ini dilihat semakin terhapus dikalangan bangsa India dan kedudukan seseorang itu bergantung kepada kejayaan dan usahanya untuk merubah nasib dirinya sendiri.

Kini tanpa kita disedari system pengkastaan ini telah meresap masuk kedalam bangsa melayu terutamanya parti bangsa Melayu iaitu Umno.

Perkara ini jelas dapat dilihat ketika musim pemilihan jawatan dalam parti itu akan berlangsung.

Memandangkan jawatan didalam Umno adalah penting kerana itu adalah tiket untuk menjadi orang kaya. Maka, kegiatan rasuah akan berleluasa ibarat orang menanam modal untuk memulakan perniagaan.

Umno juga telah menukar istilah rasuah ini kepada “politik wang” agar ianya lebih sedap didengar lagi berbanding rasuah dan akan mendapat percepsi yang berbeza. Tetapi dari segi hukumnya adalah sama, rasuah tetap rasuah.

Ia juga ditukar istilah agar bagi penerima rasuah, tentu bunyinya tidak sedap untuk didengar dan bagi yang telah memerima politik wang, mungkin mereka rasa kurang berdosa.

Oleh itu, tidak hairanlah jikalau sudah sampai musim pemilihan ini, ratusan kes rasuah atau politik wang ini dilaporkan kepada lembaga disiplin parti.

Namum, keputusan lembaga disiplin parti ini sangat mementingkan kedudukan kasta orang yang dituduh tadi.

Jikalau siasatan membuktikan si tertuduh bersalah, maka hukumannya adalah berbeza-beza bergantung sekuat mana “kabel” orang yang bersalah itu ada.

Kita akan dapat melihat bagaimana calon-calon yang didapati bersalah diberi hukuman berbeza. Ada yang tidak dibenarkan bertanding, ada yang cuma diberi amaran, ada kes yang dibawa ke mahkamah, ada yang tidak dipalorkan kepada SPRM dan sebagainya walaupun mereka itu melakukan kesalahan yang sama.

Ini kerana, setiap calon mempunyai kekuatan kabel masing-masing. Jikalau si bersalah mempunyai kabel voltan arus rendah, maka jawapnya akan ke mahkamah.

Tetapi, jikalau orang itu mempunyai kabel voltan arus tinggi, maka dia mungkin tidak didakwa atau jika didakwa pun, akan terlepas atau diberi pengampunan.

Kegiatan rasuah ini sebenarnya direstui oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti ini. Ini kerana, jikalau seseorang cuba untuk menentang ketua, maka file-file kesalahan rasuahnya akan dibuka semula agar mereka terus tunduk dan tidak melawan.

Apa yang pasti, agenda perjuangan melayu sering menjadi buah bahan kempen parti ini walaupun kepentingan diri sendiri sebenarnya yang diutamakan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, kecenderungan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang mahu memartabatkan Islam. Maka riuh-rendahlah Umno juga turut berkempan bahawa mereka adalah parti yang mengikut Al-Quran dan Sunnah walaupun ramai pengikut parti itu yang anti-hadis, penentang hukum Syariah dan sebagainya.


http://lordazaab.wordpress.com/2009/10/13/sistem-kasta-dalam-umno/#more-2351

1 comment

perfectwater75 said...

Salam,

Saya tak terkejut kerana saya sudah menulis tentang hal ini dalam blog saya sebelum ini.

Ziarah blog saya

http://perfectwater75.blogspot.com/2009/03/benarkah-umno-sudah-menuju-ke-arah.html

Powered by Blogger.