Suspek Yang Membuat Azeez Mengandung Sudah Dikenalpasti!

Individu cederakan Azeez dikenal pasti

Oleh JAAFAR AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KLUANG 4 Okt. - Polis telah mengenal pasti individu yang memukul Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Port Dickson, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka dikenal pasti menerusi maklumat dan kerjasama orang ramai dan pihak media.

Ekoran itu, kata beliau, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu terbabit bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

"Ini bukan kejadian pertama kerana beberapa peristiwa serupa ini pernah berlaku ke atas media, anggota polis dan kini ahli MT (Majlis Tertinggi) UMNO," katanya pada Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sembrong, di Felda Ulu Penggeli di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian Abdul Azeez yang mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang ketika bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengiringi calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ke pusat penamaan calon kira-kira pukul 9.20 pagi semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perbuatan tersebut tidak wajar sama sekali dan bercanggah dengan nilai-nilai bangsa Melayu dan Islam.

Beliau berkata, Ketua Polis Negeri Sembilan telah pun diminta agar bertindak tegas terhadap kejadian itu bagi mengelak kejadian seperti itu terus menular.

"Jika ini berterusan, saya bimbang perkara lebih teruk akan berlaku menjelang hari pembuangan undi nanti," katanya.

Selain itu, menurutnya, polis juga telah diarah memperketatkan lagi penguatkuasaan undang-undang agar orang ramai dapat menunaikan hak mereka untuk mengundi dengan selamat semasa pilihan raya.

Hishammuddin turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keselamatan sepanjang tempoh pilihan raya ini terjamin ekoran bilangan anggota keselamatan yang mencukupi.

"Kita akan menambah kekuatan anggota dari kontinjen lain jika keadaan memerlukan," katanya.

No comments

Powered by Blogger.