TakTik Celaka Umno Dalam Kempen! Sebarkan Risalah Ini!

Oleh : AB albanjary
Tindakan : Print out CETAK dan sebarkan di Bagan Pinang !! Propaganda PALSU BN di Bagan Pinang.

Kelmarin, pencacai-pencacai UMNO telah mula menaburkan propaganda-propaganda dangkal di kebanyakan rumah-rumah di taman perumahan sekitar Port Dickson dan Bagan Pinang bagi tujuan memesongkan aqidah dan paradiqma pengundi mahupun rakyat menjelang hari pengundian akan datang di N31. Bagan Pinang.

Maka sukalah nak jawab sikit propaganda yang ditaburkan oleh UMNO sebagai pedoman bila berdepan dengan UMNO di tepi jalan mahupun di tepi sarang LALAT. Maka propaganda sinis yang ditaburkan akan saya jawab untuk melihat betapa "putar alam" nya manusia spisis UMNO dan Barisan Nasional ini.

PROPAGANDA UMNO KATA:
"Nik Aziz kata ahli UMNO tak masuk syurga. Ini sudah berat. Semoga anda mati dalam iman..."

AB albanjary jawab :
Kenyataan asal Tuan guru Nik Abdul Aziz ialah;

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

Jadi istilah "ahli UMNO tidak masuk syurga" ini istilah yang di cipta oleh siapa...??? Yang disebut oleh tok Guru ialah entiti dan doktrin yg dipegang oleh UMNO itu yang hanya menerima Islam selari dengan nafsu perjuangan parti mereka sahaja. Ini kerana UMNO hanya menerima Islam suku, Politik suku, sedangkan kita dituntut untuk menerima Islam sepenuhnya. Tiada kompromi !!

Tapi yang pelik kenapa spesis UMNO terus sebut "ahli UMNO"? Tok Guru sebut "jenis" Islam yang UMNO bawa itu tidak selari sepenuhnya dengan Islam yang Allah turunkan. Istilah "Nik Aziz kata ahli UMNO tak masuk syurga" adalah manifestasi songsang UMNO kepada "Islam yang mereka bawakan sekarang, atau lebih jelas, Islam kacukan @ Islam Plastik". Ini menunjukkan bahawa mereka (baca spesis propagandis UMNO) sendiri yang terasa bahawa dirinya adalah ahli neraka kerana manusia spesis itu sedar betapa Islam yang UMNO bawa seperti dinyatakan oleh Tok Guru adalah betul...!!!

Umpama seorang ustaz mengajar anak muridnya tentang solat. Ustaz mengajar anak muridnya bahawa barang siapa yang meninggalkan solat akan diberi dosa dan akhirat besok jika tidak bertaubat akan dibalas dengan seksa azab neraka. Maka si anak murid apabila pulang memberi tahu bapanya yang mengaku Islam tapi tak pernah bersolat betapa hukum meninggalkan solat itu adalah berdosa dan akan disiksa azab di neraka. Maka si ayah yang melatah sambil beremosi, berjumpa ustaz, lalu mengatakan " Hey Ustaz, wass up !! wass up !! anak aku ni kata aku ahli neraka, cilakak punya ustaz..!!!" Lu pikir la sendiri !!

PROPAGANDA UMNO KATA :
"Bila orang kafir guna ayat Al-Quran dan beri salam, PAS rasa berbangga. Bila HINDRAF buat tazkirah antara solat terawih di Masjid Al-Firdaus Klang, PAS beri laluan. Tak cukup-cukupkah Nik Aziz nak celarukan umat Islam?"

AB albanjary jawab :
Kenapa manusia spesis UMNO ini dengki lagi iri hati sangat bila tahu ada orang kafir guna ayat Al-Quran dan beri salam ? Ke spesis UMNO yang tidak tahu apa isi kandungan Al-Quran ? Al-Quran ini Allah turunkan untuk seluruh umat manusia dan Rasulullah yang Allah utus sebagai "tafsir" makna Al-Quran pula adalah rahmat seluruh alam. Tak kiralah alam dan manusia ka alam perwira ka..dia tetap merupakan rahmat. Jadi kalau orang kafir pun reti tentang kandungan ayat Al-Quran, kenapa yang manusia spesis UMNO tak reti-reti lagi ? Oh! bila dah tak reti, dia nak orang lain pun jadi tak reti juga ? Macam spesis UMNO juga. Kalau dah tak reti cakap ajelah tak reti. Jangan jeles dan jadi bodoh tak tentu pasal !

Kalau di dalam Al-Quran dah menyebutkan tentang persudaraan atas dasar kebenaran dan keadilan, apa salahnya orang kafir untuk baca ayat Al-Quran yang menerangkan tentang persaudaraan..??? Atau spesis jenis UMNO ini sahaja yang perasan "perpaduan" dan "persaudaraan" ini hak mak bapak dia. Boleh jadi mungkin UMNO tak suka, pasal UMNO hanya mengiktiraf persaudaraan atas dasar kebathilan dan penindasan sahaja kot ? Begitu ??Yang marah sangat orang kafir baca Al-Quran tu ape ke jadahnyer ! Di negara barat berlambak org kafir yg bukan sekadar tahu, malah mengkaji tafsir Al-Quran lebih baik dari org islam itu sendiri, tu tak pula dijadikan isu, nak kata bodoh bangang, nanti marah laa..pulak !

Hindraf nak buat tazkirah ke kuliyah ke, kalau betul aje apa salahnye, nak sebut pasal menentang rasuah ke, ketidak adilan ke, menipu dan mencuri duit rakyat ke..atau UMNO yang sebenarnya tak suka sebab kena atas batang hidung sendiri ? Masa UMNO memerintah, cuba tanya Khir Toyo, yang dia halang Tok Guru Nik Aziz beri Kuliyah di Selangor tu apahal...?? Kenapa tak bagi laluan...?? Tok Guru Nik Aziz tu kan seIslam dengan dia..kenapa tak bagi laluan...??? Tak cukup-cukupkah UMNO nak kelirukan umat Islam, sekarang bikin keliru pulak di Bagan Pinang.

PROPAGANDA UMNO KATA :

"Bila kartun di Denmark hina Nabi, PAS Melenting marah, Bila FITNA hina Islam, PAS buat demontstrasi, Bila Ronnie Liu dan Jeff ooi menghina Islam, kenapa Nik Aziz dok cool tak marah?...takut hilang sokongan ke..?"

AB albanjary jawab:
Orang Denmark dengan orang yang buat filem FITNA tu hina Islam pasal dia bermusuh dengan Islam. Ini la dia kafir harbi. Itu pasal la kita kena tentang dan kena ada rasa marah. Si Ronnie Liu dengan Jeff Ooi pulak, dia tak berapa paham sangat pasal Islam. Depa berdua pun bercakap berdasarkan ilmu yang cetek tentang Islam. Kita mintak penjelasan dari mereka, dan fahamkan mereka balik ! Aik..tiba-tiba manusia spesis UMNO melenting pulak ! Masa Tun Dr Mahathir jadi PM, dia buat kenyataan simpan janggut pasal zaman nabi tak ada pisau 'gelette', naik unta pasal tak ada Pajero..itu memuliakan nabi ke menghina nabi ??

Kenapa tak pergi buat demo kutuk kenyataan hina Islam oleh Mahathir yang mudah lupa tu ? Nampak sangat nak laga-lagakan muslim dengan non-muslim. 52 tahun UMNO memerintah, kenapa non-muslim di kalangan India dan Cina masih jauh kefahaman mereka tentang Islam. Orang Jabatan Kemajuan Kefahaman Islam Malaysia, si JAKIM buat apa ? Sampai kefahaman rakyat tak Islam tak maju-maju...!!! Mufti UMNO kata beratus ribu manusia Melayu murtad, apakah itu tanda asas betapa majunya kefahaman manusia tentang Islam di Malaysia...???

Kenapa UMNO tak kutuk gila-gila manusia spesis MIC dan MCA yang menentang hudud ketika mereka hantar Memorandum membantah perlaksanaan hudud yang akan diperjuangkan oleh PAS. Apakah UMNO bukan Islam ? Hingga membiarkan sahabat karib sepusat sepusing mereka dari MIC dan MCA menolak hudud ? Bukankah hudud tanggungjawab semua manusia yang mengaku Islam tak kira PAS atau UMNO ?

Kita nak tanya pada orang yang tulis propaganda ini.."BILA MCA DAN MIC BANTAH LAKSANA HUDUD, KENAPA MANUSIA SPESIS UMNO 'COOL' DAN TAK MARAH ? ATAU BN TAKUT HILANG SOKONGAN ?

PROPAGANDA UMNO KATA :
"Bila Salman Rusydi hina Nabi, satu dunia kutuk Salman termasuk PAS, Tapi mengapa bila Jeff Ooi n Ronnie Liu menGhina Islam, PAS pertahankan bermati-matian?"

AB albanjary jawab :
Bila masa PAS pertahankan bermati-matian kenyataan Jeff Ooi dan Ronnie Liu ?, Hello, dengar sini, pencacai2 semua (baca : penulis propaganda itu) - Kenapa Dato' Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS menegur keras kedua-dua orang itu agar jangan mengeluarkan kenyataan yang melampaui batas hingga menyentuh perasaan umat Islam ?

Betul ker propaganda tu ? Atau yang menulis propaganda ini langsung tak pernah baca Harakahdaily, mahupun Harakah cetak, mahupun jua akhbar Siasah ? Itulah asyik baca Berita Hairan dan Utusan Meloya aje sampai tak tau pendirian orang lain. Nak tegur musuh dengan kawan mesti lah beza, kawan kita tu tak paham sangat Islam, jadi kita tegur dia. Yang UMNO kawan dengan MCA dan MIC yang nyata tolak hukum Allah langsung tak tegur apa-apa kuasa sepuluh kali ganda lagi teruk. Nak bagi tahu, yang Salman Rusydi tu asalnya Islam, lepas tu tolak Islam..jangan marah kalau saya kata, sebijik macam UMNO !

PROPAGANDA UMNO KATA :
"Wahai PAS/PKR, kalau pun teringin sangat nak berkuasa. Janganlah sampai sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama. selesaikan dulu isu arak, babi dan rumah urut tu mengikut Islam. hentikan kepentingan politik demi perpaduan dan Islam."

AB albanjary jawab :
Saya pun nak seru kepada propagandis UMNO...

Wahai UMNO/BN, kami tak teringin pun nak ada kuasa, tiba-tiba saja rakyat bagi kami kuasa memerintah tidak macam kamu, yang gila kuasa merogol keluhuran perlembagaan untuk berkuasa di Perak. Kalau kamu teringin nak kekalkan kuasa pun, janganlah sampai sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama. Kamu gadaikan bahasa ibunda dan gantikan dengan bahasa penjajah dalam pengajaran Matematik dan Sains, itu apa ? Kamu gadaikan tulisan jawi dengan tulisan roman, kamu tukarkan kalimah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Kamu zalim terhadap sekolah agama rakyat yang 99% peratus pelajarnya Melayu islam dengan menarik bantuan perkapita. Kamu gadaikan maruah agama...!!! Kamu sanggup menolak hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Kamu sanggup menolak Al-Quran. Kamu sanggup menolak Islam walaupun mengaku Islam. Itu apa pula ?? Ngok-ngek punya propaganda !!

Kenapa kamu tidak selesaikan isu arak ketika kamu memerintah Selangor selama lebih 50 secara Islam ?, kenapa kamu tidak pinda akta minuman keras yang kamu luluskan di Parlimen ? Kenapa kamu tidak selesaikan isu babi ketika kamu masih memerintah dan rumah-rumah urut yang kamu berikan permit untuk mereka beroperasi selama 50 tahun kamu memerintah di negeri Selangor...kenapa kamu tidak selesaikan secara Islam semua itu selama 50 tahun kamu diberi mandat oleh rakyat memerintah, dan bukan 5 tahun..kenapa ? kenapa ? kenapa ? Why Why..Why...??? Niamasohai punya otak si propagandis UMNO ni !

Hentikanlah kepentingan perut dan bawah perut kamu dengan menipu dan merompak hak serta harta rakyat dan kembalilah kepada Islam yang menganjurkan perpaduan. ( Ayat propagandis UMNO ni macam ada tak kena. Dia suruh kembali kepada perpaduan dan islam. Ini bermaksud perpaduan itu lain, dan Islam itu lain. Oleh itu 'demi perpaduan' apa yg dimaksudkan ? Perpaduan bersama UMNO ?)


PROPAGANDA UMNO KATA :
"Dulu Nik Aziz kata, jika PAS memerintah sebelum ayam berkokok (waktu subuh) undang-undang Islam akan dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Tapi bila dah menang, dia sanggup kata kita sanggup TANGGUHKAN 30 tahun lagi kerana itu bukan keutamaan. PAS PEMBONGKAK lagi. Temberang macam Anwar Ibrahim juga."

AB albanjary jawab :
Inilah masalah orang tak reti bahasa, atau suka bahasa yang belit-belit. Maklumlah UMNO ni spesis manusia yang suka spin, semua dia nak spin. Jangan yg dalam seluar dan kain depa pun depa nak spin sama ! Niamasohai !!

Kalau Tok Guru sebut "sebelum ayam berkokok" (untuk pengetahuan propagandis, ayam mula berkokok sebelum waktu subuh, bukan ketika waktu subuh, ada ayam berkokok pukul satu pagi ?, kena bangun awal...la tunggu sebelum ayam berkokok) itu maknanyer, Undang-Undang Islam akan dilaksanakan secepat mungkin. Tetapi bila sudah lulus Enakmen hudud di Kelantan tahun 90-an dulu, kenapa UMNO/BN yang menguasai Dewan Rakyat tidak meminda perlembagaan bagi membolehkan undang-undang Islam dilaksanakan di negeri itu tanpa menganggu Perlembangaan Persekutuan ?

Kesian propagandis UMNO, samada dia dibodohkan oleh UMNO atau dia yang membodohkan dirinya sendiri tentang percanggahan perlembagaan Negeri dan Persekutuan. Sekarang Enakmen Syariah di Terengganu yang digubal oleh PAS masih ada, kenapa Idris Jusoh dan Ahmad Said tidak laksanakan, jika betul-betul UMNO nak mengaku menegakkan Islam.

Kalau dulu UMNO tuduh hudud ini hudud PAS, kenapa tidap dimansuhkan Enakmen Hudud Terengganu yang diluluskan oleh PAS dan digantikan dengan Hudud UMNO..Mana dia hudud UMNO..??? Saya cabar UMNO keluarkan kertas HUDUD UMNO sekarang !

UMNO sendiri masih menguasai kerusi Parlimen sejak lebih 50 tahun dahulu sampai sekarang. Bila masih menang, dia tak sanggup pulak pinda perlembagaan untuk membolehkan hukum Islam dilaksanakan dan menjadikan islam dasar negara, kenapa..?? SEBAB ISLAM BUKAN KEUTAMAAN UMNO/BN !

UMNO MEMANG PEMBONGKAK...!!! TEMBERANG LAGI PENIPU MACAM PENIPU-PENIPU YANG WUJUD DAN PERNAH WUJUD DI ATAS MUKA BUMI INI...!!!

PROPAGANDA UMNO KATA :
" Nizar Jamaluddin (PAS) jadi Menteri Besar Perak, yang aneh pembuat keputusan ialah Ngeh dan Nga (DAP). PAS ikut saja macam lombu yang dicucuk hidung. PKR pulak macam setan bisu"

AB albanjary jawab :
"Dalam pilihan raya umum 1990, UMNO memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

ANEHNYAA...!!!, UMNO yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, UMNO menyerahkan kuasa pemerintahan kepada parti Gerakan. Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh UMNO kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana UMNO menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. UMNO tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu. Ini bermaksud UMNO ini, jenis ikut saja macam lombu di cucuk hidung, tapi saya tak sampai hati nak kata UMNO macam syaithon bisu..." . Jangan sesedap rasa saja nak tulis, tentang isu MB Perak tu, bukak mata luas-luas tentang apa yg berlaku di Pulau Pinang ketika UMNO berkuasa, wahai propagandis UMNO oi !! Niamasohai punya propaganda !! Ptuihh !!

(*) Risalah propagandis itu dimuatkan disetiap peti surat di rumah-rumah taman beserta grafik yg jelas mempunyai niat FITNAH yg cukup gila dan JAHAT .Paparan grafik akan diuploadkan kelak.

No comments

Powered by Blogger.