Tiada Anggota Pakatan Rakyat Seksyen 24 Sertai UMNO : Rodziah

Tindakan ketua penduduk blok 79 dan 80 di Seksyen 24 Shah Alam, menyerahkan borang keanggotaan 40 ahli Pakatan Rakyat menyertai UMNO Sabtu lalu adalah strategik serta taktik politik UMNO semata-mata.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, yang juga ADUN Batu Tiga ,Rodziah Ismail berkata, helah itu merupakan strategi UMNO bagi memenangi kerusi DUN Bagan Pinang baru-baru ini.

“Sebenarnya saya buat kesimpulanya tiada mana-mana ahli Pakatan Rakyat yang masuk UMNO. Tidak kiralah dia kata apa hakikatnya perkara itu tidak berlaku, dan itu sebenarnya satu gimik politik untuk mereka memenangi kerusi di DUN Bagan Pinang baru-baru ini,”Katanya.

Rodziah berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik dan menjalankan tanggungjawabnya seadil dan sebaik mungkin.

“Ahli PR yang masuk UMNO itu, komen saya sebenarnya kebanyakanya yang dikatakan itu sebenarnya adalah memang ahli UMNO yang tetap dalam UMNO sebenarnya, apa yang ingin saya katakan di seksyen 24, khususnya di blok 79 dan 80 telah pun mengikhtiraf bahawa peranan saya disitu dan pakatan rakyat khususnya telah berikan sumbangan terbaik.Dan saya dalam konteks memastikan blok 79 dan 80 tidak tercicir dalam pembangunan yang telah saya aturkan.Saya juga dapati ramai juga ahli-ahli UMNO bersama Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat dapat mengotakan janji,”jelasnya.

Rodziah berkata demikian kepada wartawan TvSelangor ketika ditemui dalam majlis dialog bajet 2010 di SACC Convec, Shah Alam, bvar-baru ini.

Menurut Rodziah, beliau tidak mengetahui apakah motif mereka berbuat demikian dan bagaimanapun apa yang pasti perkara tersebut adalah helah dan kepentingan politik bekas Ketua Pemuda UMNO dan juga bekas ADUN Kota Anggerik, Datuk Nawawi Ahmad.

“Tentang motif mereka masuk itu, saya tidak pasti,yang saya pasti semenjak kejadian itu ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada saya kerana seolah-olah majlis jamuan hari raya itu disabotaj oleh UMNO khususnya Datuk Nawawi untuk kepentingan politik mereka,tanpa menghormati penduduk pada ketika itu,”katanya.

Rodziah berkata kejadian itu bertujuan semata-mata hendak memburukkan dan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat .

“Bagi saya ini politik durjana mereka yang tidak habis-habis dan saya rasa selepas beberapa serangan demi serangan yang dibuat kepada saya dan ini mungkin serangan yang pada mereka mungkin boleh merosakkan imej pakatan rakyat khususnya saya.disini saya ingin mengisytiharkan bahawa tidak ada ahli Pakatan Rakyat yang masuk UMNO.Jika ada pun ahli UMNO yang masuk sekejap dan keluar kembali atas sebab ugutan dan atas kapasiti inginkan beberapa perkara yang dijanjikan kepada mereka,”jelasnya.

Menurut Rodziah lagi, beliau terlebih dulu berbincang dengan kerajaan negeri bagi keselesaan penduduk sekitar Seksyen 24 itu, bagaimanapun Datuk Nawawi berjanji akan memberi 15 juta sebagai pembangunan di kawasan berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.