Umno hijack idea Pas

Adakah kepiminan Umno sudah kemandulan idea untuk mencipta sesuatu? Umno sedang melihat Pas sudah diterima oleh rakyat Malaysia berbilang agama dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS. Maka bermula di Bagan Pinang baru-baru ini, dengan tidak semena-mena timbul Kelab Penyokong BN.

Ahli Kelab Penyokong Pas adalah rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam yang menyokong Pas. Memandangkan keahlian PAS terhad kepada yang beragama Islam, maka kelab ini ditubuhkan sebagai indikasi bahawa orang-orang bukan Islam juga menyokong perjuangan PAS. Ini kerana, perjuangan Pas adalah untuk menuntut keadilan dan hak untuk semua.

Bagi Barisan Nasional pula, kelab penyokong mereka tentulah terdiri dari ahli mereka sendiri. Ini kerana mereka mempunyai banyak lagi parti komponen yang mempunyai agenda mereka tersendiri. Tetapi, jikalau Kelab Penyokong Umno, mungkin ia lebih logik kerana Umno adalah parti melayu dan kelab penyokongnya adalah terdiri dari bukan melayu.

Begitu juga dengan slogan “PAS untuk semua”. Slogan ini benar-benar menarik perhatian ramai dan membuktikan bahawa PAS bukan berjuang untuk pihak ter tentu sahaja. Ini membuatkan Umno sekali lagi menciplak idea PAS dengan melaungkan slogan “Umno untuk semua” pula.


http://lordazaab.wordpress.com/2009/10/17/umno-hijack-idea-pas/

No comments

Powered by Blogger.