Umno Kalau Nak Menang Mian Cara Bersih La

ALOR SETAR, 17 Okt (Bernama) -- PAS tidak bimbang dengan kesungguhan Umno untuk menawan semula negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang kerana menganggap amalan sistem demokrasi membenarkan perkara seumpama itu berlaku.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bagaimanapun usaha untuk menawan semula negeri-negeri berkenaan haruslah mengikut lunas demokrasi juga iaitu menerusi pilihan raya.

"Kita langsung tidak bimbang dengan ikrar Umno pada perhimpunan parti itu baru-baru ini kerana ia merupakan perkara biasa dalam amalam demokrasi tetapi Umno harus melakukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya seperti mana yang berlaku di Perak," kata beliau kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya, PAS tidak menganggap mereka tergugat walaupun pemimpin Umno kini semakin serius melakukan perubahan termasuk membuat pindaan beberapa fasal perlembagaan parti.

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan dasar perhimpunan agung parti itu berkata, Umno harus berubah untuk membolehkan parti itu mendapat sokongan rakyat dan menawan semula negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.