Wirid Dan Bacaan Amalan Umno Semasa Pilihan Raya... Amalkan La

BN utama prasarana pendidikan: TPM

PORT DICKSON: Kejayaan mengubah taraf hidup melalui pendidikan di negara ini bukan lagi angan-angan Mat Jenin, tetapi boleh direalisasikan dan terbukti berjaya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem pendidikan negara memberi peluang sama kepada semua pelajar untuk berjaya tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka.

Beliau berkata, segala-galanya terletak kepada mereka sendiri untuk berjaya kerana prasarana pendidikan yang kerajaan sediakan adalah menyeluruh, sama ada di bandar atau luar bandar.

"Kita lihat sesetengah negara Islam seperti di Timur Tengah dan Afghanistan berada dalam keadaan amat daif kerana tidak aman. Walaupun anak hendak bersekolah, kerajaan tidak berupaya menyediakan kemudahan pendidikan mencukupi.

"Ini berbeza negara kita. Di sesetengah tempat, kerajaan menyediakan kemudahan bas untuk membawa pelajar ke sekolah. Malah, asrama dibina di kawasan pedalaman untuk memudahkan anak-anak kampung menimba ilmu," katanya pada Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana di Pusat Islam Politeknik Port Dickson, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka yang memberi keutamaan kepada pendidikan menyebabkan generasi sekarang mendapat faedahnya.

No comments

Powered by Blogger.