Written by Faisal Mustaffa
Tuesday, 08 September 2009 15:23



Nazri Abdul Aziz selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa ini melaksanakan pelbagai program pendidikan pengundi dan kempen kesedaran masyarakat.

Program-program ini dilakukan dari masa ke semasa saban tahun dengan bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan golongan muda akan kepentingan berkecimpung di dalam proses demokrasi negara.

Di antaranya ialah program ‘outreach’ yang diadakan di tempat-tempat awam, hari bertemu pelanggan setiap bulan, pertemuan dengan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS serta dengan pertubuhan parti politik dan NGO.

Usaha mendaftarkan pengundi

Dengan zaman teknologi maklumat ini juga, SPR masih buta dalam melihat ianya penting dalam menarik pengundi muda. Badan tersebut gagal melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dengan alasan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatit di dalam kad pengenalan.

Pendaftaran automatik ini juga menjadi alasan politik SPR kerana ianya membebankan mereka disebabkan kesulitan terhadap pemilih itu sendiri.


source: Merdeka Center


Jika anda mempunyai akses kepada internet, secara purata, dalam seminggu berapakah masa yang digunakan untuk mengakses internet?



Merdeka Centre juga mendapati 82% lepasan diploma daripada responden mereka menggunakan Internet setiap hari manakala 47% terdiri daripada lepasan sekolah menengah. Kepenggunaan Internet ialah 10 ½ ke 15 ½ jam seminggu.

Tetapi apabila melihat kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, 21% responden memberitahu bahawa mereka tidak mengundi kerana sibuk dengan komitmen lain (49%), mempunyai pandangan negatif terhadap politik (27%) dan tidak tahu di mana untuk mendaftar sebagai pemilih (8%).

Jadi, apakah keberkesanan SPR sekarang terhadap menyedarkan golongan muda ke arah pendemokrasian ini?

Politik baru generasi sekarang

Sebanyak 77% daripada golongan belia yang disoal bersetuju bahawa parti bersifat perkauman tidak lagi mendatang minat kepada mereka dan bersedia untuk memilih parti berbilang kaum pada pilihan raya umum akan datang.

Kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre di antara Nov 13-Dis 9 2008 mendapati majoriti golongan muda tidak lagi berkehendakkan parti yang hanya mementingkan kaum tertentu memandangkan negara kita sebuah negara berbilang kaum.


source: Merdeka Center
Apakah isu/ perkara yang anda mahu parti politik suarakan untuk kepentingan anda? Sila pilih SATU (1) yang paling penting bagi anda.


Perkara ini mendatangkan sedikit sebanyak kebenaran; mereka tidak lagi mendapati pandangan orang tua mereka begitu relevan. Faktor pecah-perintah yang lapuk ini sebenarnya taktik penjajah sebagai syarat dalam memberi kemerdekaan kepada Malaya 52 tahun dahulu.



Sebanyak 64% daripada responden yang sama berkehendakkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan bagi membuktikan negara kita benar-benar demokratik, dan pemimpin pada tahap perbandaran mereka dipilih oleh mereka sendiri.

Malangnya, daripada sejumlah 2,518 responden berumur 20 hingga 35 tahun yang disoal, 44% daripada mereka tidak berdaftar sebagai pemilih sah.


source: Merdeka Center


Adakah anda seorang pengundi berdaftar?


Inilah yang menjadi kekhuatiran bagi perkembangan demokratik di negara ini. Sudahlah Malaysia menjadi negara yang mempunyai sistem pilihan raya yang pincang dengan kelayakan mengundi hanya apabila warganegara mencecah 21 tahun.

Sungguhpun demikian, selepas diberi kelayakan sah, mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka malah menyalahkan pemimpin yang tidak berkaliber. Mengapa tidak melihat cermin? Golongan muda kita mahukan pemimpin yang berwibawa dan parti politik berbilang kaum tetapi apakah sumbangan mereka sendiri?

Peranan SPR

Mengikut rekod yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah pemilih baru berusia 21 tahun ke atas ialah seramai empat juta orang. Mereka ini layak mengundi tetapi masih belum mendaftar.

Badan yang dipertanggungjawabkan, SPR pula dengan pengerusi barunya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dikatakan agak tidak matang dalam mengendalikan suruhanjaya ini. Beliau yang dilantik oleh Perdana Menteri sebenarnya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Bukankah SPR akan lebih disegani sekiranya pengerusi baru dilantik dari kalangan bekas hakim? Bagaimana reformasi pilihan raya dapat dilaksanakan dengan mempunyai seorang pengerusi seperti Abdul Aziz?
Kurang minat politik

Merdeka Centre juga mendapati bahawa di kalangan pemuda yang belum mendaftar sebagai penggundi, 53% menganggap bahawa perlu wujudnya Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU), suatu undang-undang yang menyekat pembabitan pelajar dalam kegiatan-kegiatan sivik yang ada unsur-unsur kesedaran politik.

Di antara para responden mahasiswa pula yang ditinjau pendapat oleh Merdeka Centre, 49% menganggap bahawa AUKU perlu ada.

Sebanyak 23% daripada responden bersifat individualistik dengan tidak menyertai mana-mana pertubuhan. Bagi mereka yang berpersatuan, mereka lebih berminat untuk menyertai kelab sukan, kebudayaan, alumni dan persatuan di sekolah berbanding dengan parti-parti politik.

Daripada sejumlah mereka yang begitu seronok dengan sukan, 29% daripadanya terlibat dengan sukan bolasepak dan futsal manakala 19% senang dengan sukan raket.

Akan tetapi, ke manakah arah tujuan sukan-sukan tersebut dalam arena antarabangsa? Adakah Nicol David menjadi pemain skuasy terkemuka dunia hasil daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan?


source: Merdeka Center

Jika anda mempunyai akses kepada internet, secara purata, dalam seminggu berapakah masa yang digunakan untuk mengakses internet?


source: Merdeka Center
Apakah isu/ perkara yang anda mahu parti politik suarakan untuk kepentingan anda? Sila pilih SATU (1) yang paling penting bagi anda.

source: Merdeka Center

Adakah anda seorang pengundi berdaftar?

No comments

Powered by Blogger.