MEMANG PATUT SIS HARAM!

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan akhlak yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York.

Pada Julai 2006 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang aliran pemikiran liberal dan memutuskan ia adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Sisters In Islam memperjuangkan Islam Liberal ini.

Kandungan Program Dialog Fatwa Perdana anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 18 Sept 2014 menyebut “bahawa liberalisme ialah serangan pemikiran yang mengarah kepada keterbukaan dan kebebasan dalam mentafsirkan agama dari belenggu tafsiran lama kepada tafsiran baru yang lebih segar mengikut kehendak semasa tanpa mengambilkira nas-nas qat’ie yang telah disepakati oleh para ulamak terdahulu. Pluralisme agama pula ialah menyamakan semua agama yang disebut di dalam bahasa Inggeris sebagai Transcendent Unity Of Religions (keunggulan perpaduan antara agama). Slogan ini merupakan sebahagian daripada agenda mereka yang memperjuangkan Islam Liberal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia termasuklah gerakan yang sangat kuat pengaruhnya di negara jiran kita Indonesia”.

Pada 13 hingga 17 Februari tahun 2009, diadakan Musawah iaitu perhimpunan besar-besaran penganut fahaman sesat Islam Liberal di dunia untuk mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan. Mereka yang hadir ialah tokoh Liberalis Muslim yang dipertikaikan oleh Ulama Islam muktabar termasuklah Muhammad Khalid Masud, Pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Hussein Muhammad dan Siti Musdah Mulia dari Indonesia, Zainah Anwar dari Malaysia. SIS menyokong usaha ini.

Pada 9 November 2012, SIS buat kenyataan bahawa orang yang sudah beragama Islam juga mempunyai kebebasan memilih agama lain selain daripada Islam.

Dengan pelbagai gerakkerja dan kenyataan SIS yang menyeleweng ini, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-Negeri perlu bertegas dan tidak perlu bagi seseorang muslim yang beriman kepada Allah untuk mempertahankan anutan SIS ini seterusnya bertapak di Malaysia ini. Bertaubatlah SIS!

Via ustaz Asri Ed-Diwanie

No comments

Powered by Blogger.