Pembebasan Zakiah: Kerajaan Sabah rakam penghargaan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berusaha sedaya upaya sehingga berjaya membebaskan Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik sejak Julai tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri bersyukur dengan kepulangan Zakiah selepas sekian lama menjadi tahanan kumpulan pengganas di selatan Filipina.

"Kita bersyukur dengan usaha berterusan kerajaan menerusi perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli keluarga maka usaha membebaskan beliau berhasil.

"Kerajaan negeri juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Zakiah," katanya ketika mengumumkan pembebasan Zakiah di Sri Libaran di sini, pagi tadi.

No comments

Powered by Blogger.